Quantcast
Channel: jom masak, jom makan makan..
Viewing all articles
Browse latest Browse all 218

Sayur Peria

$
0
0



Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Sudah berbulan-bulan kami sekeluarga dapat menikmati sayur peria organik yang kami tanam betul-betul di depan pintu rumah kami..Rajin sungguh pokok peria ni berbuah tak putus-putus dalam masa beberapa bulan ini.Bermacam-macam cara Cm masak..kerabu,rebus,goreng,masak lemak ,makan sebagai ulam dengan sambal belacan dan lain-lain lagi.

Buah peria bergayut-gayut walaupun pokoknya hampir kering.Tadi Cm dok kira ada 7 biji yang menanti untuk di petik.Jika lambat peria akan masak.


Kami tanam pokok peria  ini betul betul di depan pintu kerana disinilah tanahnya yang  agak  subur  & gembur .Kami gilir-gilirkan dengan tanaman timun,terung,kacang panjang serta  peria dan peria yang paling banyak berbuah kerana hampir tiada musuh..

Alhamdulillah walaupun kebun bersaiz "sekangkang kera" hasilnya sungguh lumayan.Sayur yang bebas dari racun kimia.

 Saiz buah peria ini agak kecik jika di bandingkan dengan buah yang awal awal dulu.
Peria Goreng Dengan Daun Ketumbar.

Bahan-bahannya:

3 biji buah peria-hiris nipis.
6 ulas bawang merah-hiris
1 pohon daun ketumbar-cincang halus.
1/2 tsp serbuk lada hitam.
Garam dan gula secukup rasa.
sedikit minyak jagung untuk menumis.

Cara-caranya:


  • Panaskan minyak dan tumis bawang sehingga wangi.
  • Masukkan peria dan kacau  rata.
  • Akhir sekali masukkan daun ketumbar,serbuk lada hitam,garam serta gula.
  • Gaul sehingga rata ,kecilkan api dan biarkan peria masak dengan airnya tanpa di tambah air biasa.
  • Hidang dan sedap di makan ketika masih panas.

Selamat berbuka puasa :)



Viewing all articles
Browse latest Browse all 218