Quantcast
Channel: jom masak, jom makan makan..
Viewing all articles
Browse latest Browse all 218

Roti Sandwich Ala Subway :)

$
0
0


Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Setiap kali makan sandwich di Subway setiap kali menelan air liur kelat ggulppp semasa di kaunter pembayaran...bukan tak sedap tapi rasa mahalnya bila fikirkan kita dapat sediakan sendiri di rumah.Anak bongsu dan suami Cm amat menggemari Sanwich di Subway ni.....

Jadi hari ini pagi-pagi lagi Cm keluarkan semua bahan-bahan untuk membuat roti.......Tepung roti,tepung mil penuh,telur ,yis,butter dan madu.Sayur-sayurnya pun siap di cuci dan ditoskan.

Roti...  (  Resipi asal Emiliaputeri, dan Don )

Bahan-bahannya:

4 1/2  cawan tepung roti.
1 1/2 cawan tepung mil penuh.( wholemeal flour)
1 1/2 cawan air.
1 1/3 cawan butter.
1/3 cawan madu.
11 gm yis segera.
2 biji telur.
2 tsp garam.

Bahan untuk sapu.

1 biji telur.*
3 tbsp susu segar.*
**Campur hingga sebati.

Bahan tabur.

sedikit nestum.

Cara-caranya:


  • Satukan semua bahan-bahan di atas kecuali butter ke dalam mangkuk pengadun.
  • Uli sehingga sebati .Masukkan butter dan uli sehingga kenyal/elastik.
  • Keluarkan doh ke atas papan pencanai dan uli lagi dengan tangan.Jika terlalu lembut tambahkan sedikit tepung agar ianya tidak melekat di tangan.Biarkan doh naik .
  • Bahagikan doh kepada 8 bahagian.Bulat-bulatkan.
  • Gelek leper dan gulung doh agar menjadi bentuk lonjong.Aturkan di atas dulang yang disapukan dengan sedikit butter.
  • Sapukan dengan campuran telur dan susu segar.Taburkan dengan nestum dan biarkan doh naik baru di bakar sehingga masak.
  • Sejukkan roti di atas redai dawai.

Bahan-bahan Intinya

2 tin kecil tuna.-hancurkan.
Sedikit  butter.
1 biji lada benggala.-hiris nipis.
1/2 biji timun jepun.-hiris nipis.
2 biji buah tomato.-hiris nipis.
Daun salad.
1 labu bawang besar.-mayang halus.
6-7 buah zaitun jeruk.-hiris nipis.

Cheese keping secukupnya.

Sos.

Mayonis.
Thousand island
Sos bbq.
Sos cili.
Sos tomato.
Minyak zaitun.

Cara-caranya:


  • Roti di belah dua.Sapukan dengan sedikit butter,
  • Isikan dengan tuna dan cheese keping.Masukkan dalam oven sekejap sehingga cheese cair.
  • Keluarkan roti.Isikan dengan sayur-sayuran serta bawang yang di potong tadi,
  • Letakkan sos yang menjadi pilihan anda.Siap untuk dihidangkan.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 218