Quantcast
Channel: jom masak, jom makan makan..
Viewing all articles
Browse latest Browse all 218

Roti Gebu.

$
0
0
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Satu ketika dahulu apabila nak buat roti sendiri  rasa sungguh susah dan kerap juga roti yang dibuat tak naik.Bila sejuk roti akan jadi keras kejung.Berpandukan resipi dari majalah atau buku resipi tetapi  selalunya gagal.Menguli roti dengan tangan satu cabaran.... memenatkan , sebab tu agaknya ada Benggali uli roti guna kaki  hehe ..haish geli ...
Thanks to my Kitchen Aid yang banyak membantu.Memasak roti dirumah menjadi sungguh mudah.Resipinya pulak dihujung jari. Cari je dalam internet....banyak blog masak-masak yang meletakkan pelbagai resipi menarik.Terima kasih Ayin Taiwan .Resipi Ayin tidak pernah menghampakan.
Bahan-bahannya:

300 gm tepung roti.
2 biji kuning telur.
75 gm gula halus.
50 gm butter.
1 1/2 tsp yis .
1 tsp garam.
160-170 ml susu segar.
1 tbsp susu tepung.

Keju parut untuk ditabur.
Kuning telur+sedikit susu segar untuk sapuan.

Cara-caranya:


  • Masukkan tepung,yis,susu tepung,garam,gula halus  dan telur ke dalam mangkuk pengadun.
  • Uli perlahan-lahan sambil tuangkan susu sedikit demi sedikit.
  • Uli sehingga sebati.
  • Akhir sekali masukkan butter dan uli sehingga doh menjadi kental dan elastik.
  • Rehatkan doh sehingga naik menjadi dua kali ganda saiz asal.
  • Tumbuk doh untuk membuang anginnya.
  • Bulat-bulatkan doh mengikut saiz yang di kehendaki.
  • Sapukan loyang dengan sedikit butter.Aturkan  doh ke dalam loyang .Sapukan permukaan doh dengan kuning telur yang dicampur dengan sedikit susu segar.Taburkan dengan keju.biarkan doh naik.
  • Bakar shingga masak.

Sedap di makan dengan milo atau horlick panas....yum yum :)

Viewing all articles
Browse latest Browse all 218