Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Saudara terdekat Cm Wawa Amanda minta resipi Homemade Mee Kuning .Cm berjanji jika Cm betul-betul berpuas hati dengan hasilnya barulah Cm kasi resipi padanya.Alhamdulillah setelah mencuba beberapa kali.... 5-6 kali ( dalam masa 2 minggu),maka petang tadi Cm benar-benar berpuas hati.Terima kasih pada Puan Roziha Ismail kerana sudi berkongsi petua yang amat berguna dengan Cm.Terima kasih daun keladi :) Dengan berpandukan petua dari Pn. Roziha ,mee kuning kali ini lebih kenyal dan tak mudah putus.
Bahan-bahannya:
400 gm tepung gandum.
100 gm tepung ubi.
1 1/2 tsp garam.
1 biji telur.
1 tbsp air kapur.
Air+telur+garam+air kapur=250ml.
Cara-caranya:

- Satukan semua bahan-bahan diatas di dalam mangkuk dan uli sehingga sebati.Adunan agak keras seperti gambar di atas tetapi jangan risau setelah di mesin beberapa kali akan terhasil doh yang licin tetapi masih agak keras.
- Selepas beberapa kali di gelek dengan menggunakan bahagian mesin yang licin dan memperolehi ketebalannya yang sesuai ,gelek dengan bahagian penggelek pasta pula.
- Apabila siap di gelek Cm taburkan dengan sedikit tepung .
- Panaskan air sehingga mendidih dan celur sedikit demi sedikit selama 2-3 minit.Keluarkan dan toskan airnya.Keringkan dengan menggunakan kipas angin.Akhir sekali lumurkan dengan sedikit minyak jagung.
- Alhamdulillah nampak gayanya lepas ni tak perlu beli mee lagi.
Walaupun terendam di dalam kuah sup yang mendidih,Mee Kuning ini tak patah seperti sebelumnya.
*** Jika anda ingin membaca komen/petua puan Roziha sila klik DISINI