Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Selamat pagi semua ..Ceria ceria di pagi yang indah ini.Pagi ini Cm tak kayuh basikal kerana malam tadi kami berkayuh sejauh 10 km di sekitar Putrajaya.Sungguh meriah sekali kerana ramai jugak orang perempuan yang mengayuh...cuma tak jumpa yang veteran geng macik- macik .Sesiapa yang mempunyai hobi yang sihat ini jom datang beramai ramai ke Putrajaya pada setiap hari jumaat malam sabtu .
Berkumpul di masjid Putra......Kami hanya menggunakan folding bike je.Geng road bike memang kayuh berdesuupp laju.Kami suami isteri kayuh santai tetapi peluh bersibai jugak.Lepas kayuh ambik hot shower dan tidur yang sungguh nikmat.Alhamdulillah.Tiada lagi masalah tak boleh tidur malam.
Ok...ni Cm nak berkongsi cara-cara nak dapatkan jus pandan yang pekat.Tak perlu lagi guna pandan paste dari kedai.Yang ini dijamin selamat insyallah.Tanpa bahan pengawet & pewarna tiruan atau bahan-bahan terlarang.
Bahan-bahannya:
30 helai daun pandan.
Air secukupnya.
Cara-caranya:
Selamat berhujung minggu dengan keluarga tersayang.:)

- Kisar daun pandan dengan air secukupnya sehingga halus dan tapis .Kisar beberapa kali lagi .
- Masukkan ke dalam bekas yang sesuai dan simpan dalam peti sejuk selama 3 hari sehingga jus yang pekat itu mendap seperti gambar di atas.
- Tuangkan & buang air yang dipermukaannya perlahan-lahan...berhati hati ya agar tidak terbuang bahagian yang pekat tu.
- Masukkan ke dalam bekas yang sesuai dan simpan dalam peti sejuk.Siap untuk digunakan.Tetapi jika ingin di jadikan pandan paste ,simpan lagi juice ini dalam peti ais selama 2 minggu.(jangan letak dibahagian beku ya)