Quantcast
Channel: jom masak, jom makan makan..
Viewing all articles
Browse latest Browse all 218

Labu Masak Bening .

$
0
0
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Alhamdulillah Cm dah siap makan tengahari dengan sayur labu masak bening, ikan goreng dan Sambal Udang Kering.Jika ikut rasa binasa...jika ikut selera parah hehe.makan bertambah-tambah nasib baik cepat sedar diri :)... stop sebelum kenyang......Cm memang suka masakan kampung seperti ini jika ikutkan hati hai.......
Bahan-bahannya:

1/2 biji labu yang bersaiz kecil...kupas kulit dan dipotong dadu.
Sedikit Ikan bilis.
4 ulas bawang merah-mayang.
1/3 tsp serbuk lada hitam.
1 / 2 biji cili masak-potong kecil
1 tangkai daun selasih.-ambil daunnya sahaja.
Garam secukup rasa.
Air secukupnya.

Cara-caranya:

Masukkan semua bahan-bahan di atas ke dalam periuk.Tuangkan air secukupnya.Agak-agak  sama paras dengan labu.Masak sehingga labu empuk.Siap untuk dihidangkan bersama nasi panas,ikan goreng dan sambal belacan atau sambal udang kering...

Selamat menjamu selera ya ....



Viewing all articles
Browse latest Browse all 218