Quantcast
Channel: jom masak, jom makan makan..
Viewing all articles
Browse latest Browse all 218

Donat Pandan...Donat Incredible Hulk :)

$
0
0
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Donat Pandan.

Sumber:Isma Maisarah Kelab Roti. 

Bahan-bahannya:

250 gm tepung roti.
1 1/2 tsp yis.
2 biji kuning telur.
50 gm gula.
2 tbsp water roux.
50 ml jus pandan pekat.
50 ml minyak jagung.
Sedikit garam.



Cara-caranya:


  • Satukan semua bahan-bahan di atas di dalam mangkuk pengadun dan uli sehingga sebati.Uli sehingga doh tidak melekat pada pada mangkuk dan tangan.Jika terlalu lembik taburkan sedikit tepung semasa menguli.
  • Perap doh selama 30 minit atau sehingga doh kembang dua kali dari saiz asal.
  • Tumbuk buang anginya.Canai dan terap menggunakan acuan donat.
  • Rehatkan sekali lagi agar doh kembang.
  • Goreng dengan minyak yang sederhana panas.Toskan minyak dan salut dengan gula halus.



Water Roux.

1/4 cawan tepung gandum.
250 ml air.

Masukkan bahan-bahan di atas  ke dalam kuali nonstick.Masak dengan api yang perlahan dan sentiasa mengacaunya agar tidak berketul.Masak sehingga pekat.Sejukkan terlebih dahulu sebelum digunakan.Jika simpan dalam peti sejuk ianya bertahan sehingga 2-3 hari.



Kali ini Cm benar-benar berpuas hati .Donat yang lembut dan tidak kering.Bila dipicit seolah- olah rasa seperti sponge.Terima kasih pada Isma Maisarah dan warga Kelab Roti.Pertama kali makan donat pandan.Harum pandannya  memenuhi ruang dapur.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 218