Quantcast
Channel: jom masak, jom makan makan..
Viewing all articles
Browse latest Browse all 218

Kuih Lompang Bunga Telang.

$
0
0
Assalamualaikum dan Selamat sejahtera.


Semasa Diana sekeluarga datang menziarahi Cm tempohari  ,banyak buah tangan yang dibawanya.Benih  pokok buah-buahan serta benih akarsom dan hasil dari Kebun Sungai Buloh.Alhamdulillah.Terima kasih Diana....semuanya dah selamat dah..selamat dimakan ,kecuali bunga telang tu Cm frozenkan.Petang tadi Cm guna sikit untuk mewarnakan kuih Lompang Bunga Telang di atas.Selebihnya sedang dok fikir nak tukar bunga tu jadi apa pulak hehe.....
Resipi kuih lompang ni  Cm ambil dari blog Kakwan.Terima kasih KakWan.:)..jika derhaka sikit sikit tu minta dihalalkan ya KakWan :)

Bahan-bahannya:

A

130 gm tepung beras.
20 gm tepung ubi.
120 gm gula pasir.
200 ml santan KARA.
300 ml air.
20-25 kuntum bunga telang.(Resipi asal ditambah  sedikit warna biru)
1/2 tsp air kapur cair.

B

1 biji kuning telur.
1/2 tsp tepung beras.
1 tbsp santan pekat.
Secubit serbuk kunyit.(Resipi asal letak pewarna kuning)
1/4 tsp garam.

Kelapa parut secukupnya-kukus.
Sedikit garam.

Cara-caranya:


  • Ramaskan bunga telang dengan sedikit air dan tapiskan kedalam A.
  • Gaul A hingga sekata sehingga  gula larut kemudian tapiskan.
  • Panaskan acuan lompang dalam pengukus.Jangan lupa sapukan dengan sedikit minyak masak.
  • Tuangkan adunan kedalam acuan dan kukus sehingga masak.
  • Bancuhkan adunan B.
  • Keluarkan lompang dari pengukus.Korekkan sedikit bahagian tengahnya.Isikan dengan adunan B.
  • Kukus sekali lagi sehingga adunan B masak.
  • Hidangkan bersama-sama kelapa parut.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 218

Trending Articles


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.


UPDATE SC IDOL: TWO BECOME ONE


KASAMBAHAY BILL IN THE HOUSE


Girasoles para colorear


Presence Quotes – Positive Quotes


EASY COME, EASY GO


Love with Heart Breaking Quotes


Re:Mutton Pies (lleechef)


Ka longiing longsem kaba skhem bad kaba khlain ka pynlong kein ia ka...


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


FORTUITOUS EVENT


Pokemon para colorear


Sapos para colorear


Smile Quotes


Letting Go Quotes


Love Song lyrics that marks your Heart


RE: Mutton Pies (frankie241)


Hato lada ym dei namar ka jingpyrshah jong U JJM Nichols Roy (Bah Joy) ngin...


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes