Quantcast
Channel: jom masak, jom makan makan..
Viewing all articles
Browse latest Browse all 218

Pulut Mangga & Pulut Inti

$
0
0
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Setiap kali saya ke kedai yang "ada nama" dan harga yang " agak" boleh tahan tetapi kecewa dengan mutu makanan atau masakannya, saya sedayanya cuba memasak sendiri dirumah menu  tersebut.Lebih-lebih lagi jika menu yang sungguh simple seperti  ini.
Saya tidak suka pulut yang ditambah gula atau manis.Cukup sekadar santan dan sedikit garam.
Kuah santannya  pun biar ada rasa masin je.Jangan tambah gula.Manisnya dari buah mangga sudah cukup sedap....Ini selera Cikmanggis la..terpulang pada anda jika suka yang manis....

Supaya lebih menarik saya suka letakkan pewarna bunga telang pada pulut .Renjiskan sedikit sahaja dan biarkan bertompok-tompok.

Pulut

Bahan-bahannya:

2 cawan beras pulut
1/2 cawan santan pekat.
1 helai daun pandan.
Sedikit garam.

Cara-caranya:


  • Rendam beras pulut 30 minit (saya guna pulut susu).
  • Kukus sehingga lembut.(letakkan daun pandan)
  • Keluarkan dari pengukus ,tuangkan santan dan garam .Kacau sehingga sebati.
  • Kukus sehingga masak.Renjiskan sedikit pewarna biru bunga telang dan biarkan dalam pengukus sekejap.
  • Bukakan penutup dan biarkan di atas api selama 10 minit.
  • Keluarkan dari pengukus dan hidangkan bersama kuah santan dan mangga.
Kuah Santan.

Bahan-bahannya:

1 cawan santan pekat.
1/2 cawan air.
Sedikit garam.
1 helai daun pandan.
1 tbsp tepung jagung.

Cara-caranya:

  • Satukan santan,air,garam dan daun pandan dan masak sehingga mendidih.
  • Bancuhkan tepung jagung dengan sedikit air dan masukkan kedalam periuk.
  • Biarkan mendidih dan sedia untuk dihidangkan.
Kebetulan ada inti kelapa dalam peti sejuk jadi saya panaskan untuk di makan dengan pulut.Teruja pula hendak membalut pulut inti dengan balutan yang comel dan kecik seperti yang terdapat di kedai Nyonya Kueh di Klcc.Tapi sayangnya balutan yang saya balut tidak secomel itu.
Alhamdulillah saya berpuas hati dengan hasil  masakan saya hari ini.Kepada yang mengusahakan kafe/kedai makan  yang "mahal" atau ada "Kelas " gitu...orang sanggup membayar dengan harga yang lebih jika rasa dan mutu makanan yang di jual  sedap dan memuaskan hati tetapi jika rasa ala kadar .. hmm bai bai lah..sekali je 
datang... 



Viewing all articles
Browse latest Browse all 218