Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Kaswi Pandan.(resipi asal dari Myresipi)
Bahan-bahannya:
1 cawan tepung gandum.
1 cawan tepung ubi.
1 cawan santan kelapa(cair)
2 cawan air .
5 helai daun pandan.
3 helai daun suji (pandan serani)
1/2 cawan gula pasir.
1 biji telur.
Secubit garam.
Sedikit air kapur.
1 biji kelapa parut putih +sedikit garam.
Cara-caranya:
- Daun pandan digunting kecil dan kisar dengan 2 cawan air,Tapis ambil jusnya.
- Satukan tepung gandum dan tepung ubi dalam mangkuk yang sesuai.
- Tuangkan santan,air daun pandan,garam,gula ,air kapur dan telur.Gaul sehingga sebati.
- Tapiskan adunan.Tuangkan ke dalam jug.
- Panaskan pengukus dan aturkan cawan apam .Panaskan sekejap kemudian tuangkan adunan sehingga penuh.
- Kukus sehingga masak.
- Biarkan kuih sejuk baru keluarkan dari acuan.
- Masukkan sedikit garam ke dalam kelapa parut.Kukus sekejap.
- Salutkan kuih dengan kelapa parut,Sedia untuk dihidangkan.
Alhamdulillah saya suka rasa kuih kaswi ini.Ada rasa lemak dari santan dan telur serta manis dan harum bau pandannya.Saya kurangkan gula kerana kami tidak suka jika kuih rasa terlalu manis.
Wahhhh gembira tak terkira apabila kuih kaswi Lemak Manis ini mendapat sambutan dari suami dan anak bongsu saya.Si kecil tak perlu cakap apa apa .... saya dah tahu dia sukakan kuih ini apabila dia habiskan satu pinggan besar hehe.
Psttt hari ini adalah hari ulang tahun perkahwinan saya yang ke 33 tahun.Hmm terasa sangat tua bila lihat angka 33 ini.Tiada majlis atau makan malam special... cukuplah sekadar memanjatkan doa pada Allah taala agar kami dikurniakan kesihatan yang baik ,ditambahkan iman serta rezeki yang penuh berkat.Kami berdoa agar jodoh kami kekal hingga ke syurga.Hidup dengan penuh kasih sayang.....Doakanlah untuk kami berdua ya.......