Chicken Sausage Rolls.
Bahan-bahannya:
A- 2 tsp yis segera,
125 gm air.
B- 225 gm tepung pau -ayak.
40 gm gula kastor.
20 gm lemak sayuran.
Filling
10 batang sosej ayam-kerat dua.
Bahan salut.
Serbuk roti secukupnya.
Cara-caranya:
- Masukkan semua bahan-bahan A dan B ke dalam mangkuk pengadun dan uli sehingga lembut dan berkilat.
- Perap doh selama 30 minit(.Tutup dengan cling wrap.)
- Bahagikan doh kepada 20 bahagian yang sama besar lebih kurang 22g setiap satu.
- Bentukkan doh seperti tali dan lilit pada sosej .
- Lakukan sehingga selesai dan rehatkan selama 30 minit sehingga doh naik.
- Akhir sekali sapukan doh dengan sedikit air dan salut dengan serbuk roti,
- Goreng sehingga masak atau kuning keemasan.
- Hidang dengan sos cili atau di makan begitu sahaja.