Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Homemade Keropok Lekor.
Bahan-bahannya:
750 gm isi ikan selayang.
250 gm tepung ubi.
2 ketul kiub ikan bilis.
Garam secukup rasa.
6 ketul kiub air batu (air batu kiub yang kita buat menggunakan acuan biasa )
Cara-caranya:
Homemade Keropok Lekor.
Bahan-bahannya:
750 gm isi ikan selayang.
250 gm tepung ubi.
2 ketul kiub ikan bilis.
Garam secukup rasa.
6 ketul kiub air batu (air batu kiub yang kita buat menggunakan acuan biasa )
Cara-caranya:
- Ikan selayang disiang dan buang kepalanya. Kemudian ambil isinya sahaja.
- Masukkan semua bahan-bahan di atas ke dalam food processor dan kisar hingga sebati.
- Keluarkan dari pengisar dan bahagikan doh ikan kepada beberapa bebola mengikut saiz keropok yang dikehendaki.
- Kemudian bentukkan memanjang seperti keropok lekor
- Sebelum itu panaskan air dalam periuk yang tidak melekat sehingga mendidih.
- Masukkan keropok lekor yang telah siap dibentuk kedalam air mendidih.
- Masak sehingga keropok timbul di permukaan air,tanda ianya telak masak.
- keluarkan dan masukkan ke dalam penapis dan toskan airnya.
- Sapukan dengan sedikit minyak masak.
- Sedia untuk di goreng atau dimakan begitu saja.
Keropok lekor yang belum di rebus.Jangan lupa taburkan sedikit tepung ubi ke atas papan pencanai sebelum membentuk doh ikan menjadi bentuk keropok lekor.
Masak sehingga keropok timbul ke permukaan macam kita masak kuih buah melaka .
Sapukan dengan sedikit minyak masak untuk elakkan ianya melekat.
Nota: Sedap di makan ketika masih panas.