Golden Syrup.
Bahan-bahannya:
3 sudu makan gula pasir.
2 sudu makan air.
4 hirisan lemon.
400g gula pasir.
200ml air.
50ml jus lemon.
Periuk stainless steel
Cara-caranya:
Bahan-bahannya:
3 sudu makan gula pasir.
2 sudu makan air.
4 hirisan lemon.
400g gula pasir.
200ml air.
50ml jus lemon.
Periuk stainless steel
Cara-caranya:
- Masukkan 3 sudu makan gula pasir,2sudu makan air dan hirisan lemon.
- Masak dan kacau perlahan-lahan sehingga gula bertukar menjadi coklat gula hangus.
- Masukkan air,gula dan jus lemon.
- Masak sehingga semuanya larut.
- Kecilkan api dan masak selama 45 minit atau sehingga sirap jadi seperti madu kepekatannya.
- Tapis dan simpan dalam botol kaca yg bersih yang telah di rebus dengan air mendidih.
- Ketika masih panas sirap ni tidak terlalu pekat tetapi setelah sejuk ianya seperti golden syrup yang kita beli dari kedai.
Alhamdulillah saya rasa sungguh seronok kerana akhirnya saya dapat buat mooncake dan yang bestnya golden syrup tu homemade.Rasa cam tak percaya.
Beginilah di zaman moden ini segalanya di hujung jari.Google je insyallah dapat resipinya.Selamat mencuba.