Quantcast
Channel: jom masak, jom makan makan..
Viewing all articles
Browse latest Browse all 218

Kuih Lopes Abuchang.

$
0
0

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Semasa mengemas kat dapur terjumpa satu plastik daun buluh kering yang Cm beli untuk buat Kuih chang tetapi tak jadi hehe.Cita-cita tinggi hingga tak tercapai dik "ilmu" di dada.jadi Cm guna daun buluh ini  untuk membalut kuih lopes.Ianya lebih kuat dan tak cepat bocor semasa membalut dan semasa merebusnya.Siap dengan tali sekali tu :)..dulu Cm pernah buat Kuih Lopes Abuchang seperti ini tetapi dibalut dengan daun pisang.


Bahan-bahannya:

300 gm beras pulut.
2 inchi abuchang.
Air secukupnya.
Gula melaka secukupnya untuk dijadikan sirap pekat.
Daun pandan.
Kelapa parut.
Sedikit garam.
Daun buluh kering secukupnya.
Tali.

Cara-caranya:


  • Cuci beras pulut sehingga bersih dan rendam dengan air secukupnya bersama abuchang selama 3-4 jam.
  • Kemudian bilas dan toskan dalam penapis.
  • Bentukkan daun buluh seperti kun atau kelongsong ketupat palas   .Isikan pulut sehingga padat dan balut sehingga kemas  berbentuk tiga segi.
  • Ikat dengan kemas agar pulut tidak terkeluar semasa merebusnya nanti.Lakukan sehingga selesai.
  • Masukkan ke dalam periuk dan tuang kan air sehingga menutupinya.Masukkan 2-3 helai daun pandan.
  • Rebus sehingga pulut masak lebih kurang 45 minit -1 jam.
  • Apabila masak toskan airnya.
  • Kukus kelapa parut sekejap dan gaulkan dengan sedikit garam.
  • Gaulkan kuih bersama kelapa parut dan dihidangkan dengan sirap gula melaka.


Beginilah rupanya lopes yang  telah masak.baunya wangi dan rasanya lebih kenyal.Cm memang gemar makan kuih Chang yang plain jadi rasa lopes ni seakan akan Kuih Chang yang plain tu lah :)..lagi lama direbus lagi kenyal pulutnya.

Nota:


  1. Abuchang dikenali juga sebagai Ubat kembang sotong.
  2. Daun buluh kering tu Cm rebus dengan air sehingga mendidih dan di cuci sehingga bersih sebelum digunakan.Lapkan  dengan tuala atau tisu dapur sehingga kering.
Daun buluh kering yang telah di cuci dan direbus.






Viewing all articles
Browse latest Browse all 218