Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Anak bongsu dan suami Cm adalah peminat kuih Chang.Agak sukar untuk memdapatkan Kuih Chang yang halal di pasaran mungkin kerana tak ramai orang melayu yang suka makan kuih seperti ini.Jadi setiap kali teringin nak makan kuih chang Cm terpaksa memasak sendiri.Masalah yang utamanya adalah nak membungkusnya.... kuih Chang yang Cm buat mempunyai "pengaruh" ketupat pulut dari segi rupanya :)....mungkin sebab dah biasa dengan ketupat palas.
Bahan-bahannya:
Daun buluh secukupnya-rebus sehingga mendidih dan direndam dengan air rebusan selama 12 jam.Kemudian bilas sehingga bersih.
Pulut:
1/2 kg beras pulut-rendam 3-4 jam.( dapat 12 biji saiz sederhana)
6 ulas bawang putih-tumbuk kasar,
Sedikit Kicap cair.
Sedikit kicap pekat.
Sedikit sos tiram.
Garam dan gula secukup rasa.
Sedikit serbuk lada hitam.
Minyak untuk menumis.
Cara-caranya:
Sudah berpulu-puluh kali Cm menonto video di atas ni tetapi masih gagal untuk mendapatkan balutan yang cantik.Bila lihat kat sini nampak sungguh senang :)...tak apa...(pujuk hati)..asalkan rasanya sedap hehe.
Beginilah rupanya bahagian dalam Kuih Chang.Jika ada yang bertanya bagaimana rasanya....hmm.yum yum memang sedap.Jika kita tahu memasak sendiri kita dapat adjust rasanya mengikut selera kita sendiri.Semasa masih panas anak bongsu Cm tadi dapat menghabiskan 5 biji sekali makan hehe.Katanya bahagian yang paling sedap adalah bahagian yang ada telur masin.:)

- Cuci beras dan toskan.
- Panaskan minyak dan tumis bawang putih sehingga wangi.
- Masukan beras,sos tiram,kicap pekat,kicap cair,lada hitam,garam dan gula.
- Gaul sehingga rata.Biarkan di atas api sekejap sambil di balik-balikkan.
- Masukkan kedalam bekas yang sesuai dan ketepikan.
Ayam.
1 keping dada ayam-ambil isinya dan dipotong kecil.
3 ulas bawang putih-tumbuk.
sedikit gula dan garam.
Sedikit kicap pekat.
Sedikit kicap manis.
Sedikit lada hitam.
Sedikit sos tiram.
Sedikit minyak untuk menumis.
Cara-caranya:
- Panaskan minyak dan tumis bawang putih sehingga wangi.
- Masukkan ayam,garam,gula,serbuk lada hitam,sos tiram,kicap pekat dan kicap cair.Seimbangkan rasanya.
- Masak sehingga ayam lembut.
Buah berangan:
12 biji buah berangan-rebus sehingga lembut-empuk.
Cendawan kering:
6 kuntum cendawan kering direndam sehingga lembut dan di belah dua.
Telur masin:
5 biji telur masin mentah di ambil kuningnya dan di belah-belah,(3-4)
Cara -cara membalut kuih Chang:
- Bentukkan daun buluh seperti di dalam video di bawah.Isikan dengan pulut dan tekan-tekan hingga padat.
- Kemudian masukkan buah berangan,ayam,telur masin dan cendawan.
- Masukkan sedikit lagi pulut dan tekan hingga padat.
- Balut dengan kemas dan ikat dengan tali.
- Rebus selama 2-3 jam sehingga masak.
- Toskan airnya.