Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Semalam semasa singgah di blog Kak Ina Kl Cm nampak popia nestum .Tetiba teringin pulak nak cuba buat sendiri sebab nampak sungguh senang.Jika beli yang dah siap boleh tahan harganya.Bahan-bahannya pun semua dah ada.....Terima kasih Ina .
Bahan-bahannya:
1 peket kulit popia.
1/2 cawan horlicks.
1/2 cawan gula.
1/2 cawan nestum.
1/2 cawan susu tepung nespray.
Chopstik-Cm guna yang kecil di perbuat dari buluh.
Minyak masak secukupnya-untuk menggoreng.
Putih telur -untuk gam.
Cara-caranya:
- Kisar gula hingga halus.
- Kisar Nestum sehingga halus.
- Kulit popia di potong dua.(untuk memudahkan proses menggulung)
- Gulung kulit popia dengan menggunakan chopstik.
- Kemudian gam bahagian hujungnya.
- Lakukan sehingga selesai.Sementara menggulung kulit popia dilakukan ,jangan lupa tutup popia yang telah siap di gulung dengan tuala lembab untuk mengelakkan ianya kering.Jika kering agak susah untuk mengguntingnya /agak liat.
- Gunting menyerong mengikut saiz yang anda suka.
- Goreng sehingga perang.Guna api yang perlahan untuk mengelakkan dari hangus.
- Toskan minyaknya dengan menggunakan tisu dapur.
- Tunggu sehingga minyak betul-betul kering dan popia sejuk baru di salut dengan gula,nestum,susu tepung serta horlicks.Gaul hingga rata.
- Simpan di dalam bekas yang kedap udara.