Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Cili solok yang Cm beli pada hari selasa lepas nampak sudah mula nak kecut walaupun disimpan dalam peti sejuk.Niat di hati nak masak solok lada tapi asyik tertangguh je ..kerja bertangguh tak menjadi.(Peribahasa)...Jadi semalam Cm nekadkan hati dan kumpulkan kerajinan untuk buat solok lada.
Bahan-bahanya:
6 biji Cili hijau.(Cm panggil cili Kelantan)
1 ulas bawang putih.
1 batang serai.
5 ekor ikan kembung-rebus atau panggang dan di ambil isinya sahaja.
5 ulas bawang merah.
1 /2 tsp lada hitam (biji)
1/2 cawan kelapa parut.
1/2 tbsp kerisik.
1/3 cawan santan pekat.
Garam dan gula secukup rasa.
Cara-caranya:
- Bersihkan cili dan toskan. .Belah cili tapi jangan putus dan buangkan bijinya.Ketepikan.
- Masukkan bawang merah,bawang putih,serai , isi ikan,lada hitam dan kelapa parut dalam food processor.Kisar hingga sebati.
- Keluarkan dan campurkan keisik,gula dan garam.Lebihkan sedikit gula kerana rasa solok memang manis sedikit baru sedap.Tapi boleh sesuaikan dengan selera masing masing.Jika tak suka manis kurangkan gula.
- Isikan bahan-bahan kisar kedalam cili belah tadi dan tekan-tekankan agar padat supaya tidak terburai semasa memasaknya nanti.(.Ada orang suka masak dengan santan dan ada juga yang suka kukus tanpa santan.)
- Aturkan solok kedalam periuk dan tuangkan santan pekat.Jangan terlebih santannya ya..agak agak seperti dalam foto diatas.
- Tutup periuk dan masak sehingga santan kering atau cili layu.
"I am submitting this post to Malaysian Food Fest, Kelantan Month hosted by Gertrude of My Kitchen Snippets .