Quantcast
Channel: jom masak, jom makan makan..
Viewing all 218 articles
Browse latest View live

Bingka Roti

$
0
0
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Jika ada lebihan roti dalam peti sejuk jangan di buang ya.Jangan membazir.Roti keras tu boleh di buat cucur,breads crumbs dan bingka .Kena rajinkan diri sikit je ..sikit bukan banyak ya hehe kerana nak buat bingka roti sungguh mudah.

Berpandukan resipi Myresipi ini Cm ubah suai sikit dengan apa yang ada di dalam peti sejuk Cm yang padat dan sarat ni....pagi tadi ada orang dah komplen katanya banyak benar benda nak expired dalam peti sejuk ni.Setelah di periksa ada roti gardenia putih,whole meal dan 3 biji roti burger yang dah kejung...ada buah ceri dan kismis.


Bahan-bahannya:

4 keping roti putih.
3 keping roti wholemeal.
3 biji roti burger.
2 biji telur grade double A
3/4 cawan brown sugar.
Secubit garam.
Sedikit essen vanilla.
1 cawan tepung gandum.
200 ml santan kotak.
2 1/2  hingga 3 cawan air panas.(adjust mengikut kesesuaian ya jika perlu boleh tambah lagi air)
Sedikit buah ceri
Sedikit kismis.
Sedikit minyak masak untuk di sapu pada loyang.

Cara-caranya:


  • Sapukan loyang dengan sedikit minyak masak.
  • Masukkan roti ke dalam mangkuk.Tuangkan air panas sedikit demi sedikit sambil di tekan-tekan dengan sudu agar air meresap sekata,
  • Biarkan sekejap sehingga roti lembut baru di ramas sehingga hancur.masukkan santan.
  • Kemudian masukkan telur,tepung gandum,essen vanilla,gula dan garam.Kacau sehingga sebati.
  • Tuangkan adunan ke dalam loyang dan tabur dengan potonga buah ceri dan kismis.
  • Bakar sehingga masak.
  • Tunggu sehingga sejuk baru di potong..Enjoy :)

Selamat mencuba :)..Jika sedap beritahu kawan dan Jika tak sedap beritahu Cm ya Pinjam kata-kata kakwan Citarasa wan.Jangan marah ya Kak wan :)


Bingka Ubi Kayu Ala Nyonya.

$
0
0
Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Ubi kayu menjadi kegemaran Cm sejak dulu lagi.Tak kira lah di masak dengan apa cara sekali pun memang Cm suka.Rebus dan dimakan dengan sambal tumis pun sedap.Untuk menu berbuka puasa kami hari ini Cm masak kuih Bingka Ala Nyonya.Mendapat "Ilham" dari SINI dan SINI.Terima kasih Cik Cek dan En.Mat.

Satu resipi yang sungguh senang."Leburkan " semua bahan-bahannya dalam mangkuk.Kacau dan bakar...

Bahan-bahannya:

650 gm ubi kayu parut.
1 cawan kelapa parut.
250 ml air.
2 tbsp kelapa parut.
Sedikit garam.
230 gm gula halus.
1 tbsp tepung kastad.
Sedikit esen vanilla.
2 tbsp butter-cairkan-sejukkan.
Sedikit pewarna kuning.
2 biji telur.
Sedikit bijan untuk tabur.

Cara-caranya:


  • Panaskan oven.
  • Sapukan sedikit minyak masak pada loyang.
  • Kisar 1 cawan kelapa parut dengan 250 ml air sehingga hancur.Tuangkan semuanya ke dalam mangkuk bersama bahan-bahan yang lain tak perlu tapis ya.
  • Kacau sehingga rata dan gula larut.
  • Tuangkan adunan kedalam loyang.
  • Taburkan sedikit bijan dan  bakar sehingga masak.


Tunggu sehingga kuih betul-betul sejuk baru di potong ya..jangan tiru Cm ni yang tak sabar nak potong kuih  dan nak ambil gambar jadi hasilnya potongan yang tak lawa :)

Keropok Ubi

$
0
0
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Lebihan parutan ubi kayu semalam Cm buat keropok .Bibik  yang menjaga cucu Cm( baby Aqeel )yang mengajar bagaimana nak buat keropok ni.Semasa Cm parut ubi untuk masak  kuih bingka semalam Bibik gelak-gelak je melihat  Cm amat takut dengan mata pemarut.Lalu dengan eksennya Bibik ambil ubi dan parut..zap zap zap siap.....pantas giler kerjanya.Katanya dah  biasa  ...kat Indon aku parut dua baldi sekali parut  hehe.Patutlah handal :)

Bahan-bahannya:

 3 cawan ubi kayu-parut.
1 tangkai daun sup ambil bahagian daunnya-Cincang halus.
1/2 tsp serbuk lada sulah.
3 ulas bawang putih-tumbuk halus.
Garam secukup rasa.

Cara-caranya:


  • Gaulkan bahan-bahan di atas sehingga rata.
  • Panaskan  air sehingga mendidih dalam periuk yang mempunyai tudung yang rata.
  • Sapukan sedikit minyak di bahagian dalam tudung  periuk.
  • Tempekkan ubi parut ke permukaan bahagian dalam  tudung periuk.Bentukkan bulat-bulat dan ratakan agar sekata ketebalannya mengikut saiz yang di kehendaki.
  • Tutup periuk dengan tempekan ubi kayu di bahagian bawah/dalam..
  • Biarkan selama 2-3 minit jangan terlalu lama ,nanti adunan akan terjatuh ke dalam air yang sedang mendidih.
  • Angkat tudung periuk dan kopek  adunan perlahan-lahan .
  • Aturkan  ke atas dulang dan jemur sehingga kering.
  • Goreng dengan minyak panas seperti menggoreng keropok biasa.


 
Keropok yang telah siap di goreng.





Keropok yang sedang di jemur :)...Selamat mencuba.

Lontong Jawa.

$
0
0
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Pagi tadi  Cm belajar satu lagi  resipi baru dari Bibik..Selama ini Cm selalu nampak di pasar tani ada peniaga yang menjual "nasi himpit" dalam gulungan daun pisang.Teringin nak buat  sendiri dan hari ini tertunailah hasrat dihati.


Bahan-bahannya:

3 cawan beras-cuci bersih.
4 cawan air.
Daun pisang secukupnya.
Pencungkil gigi secukupnya.

Cara-caranya:


  • Beras dimasak seperti biasa tetapi lebihkan air agar sedikit lembik.Sukatan air sebenarnya bergantung pada jenis beras tetapi jangan terlampau lembik ya.Sedang-sedang je.
  • Apabila nasi masak sejukkan sekejap agar senang untuk membalutnya.
Cara-cara membalut:

Sendukkan sedikit nasi dengan menggunakan senduk plastik yang tak melekat.Padatkan serta bentukkan lonjong seperti ini.



Gulung dengan kemas dan sematkan dengan pencungkil gigi di hujungnya.

Tekan-tekankan bahagian hujung yang satu lagi agar nasi menjadi lebih padat dan semat dengan lidi.Lakukan proses yang sama sehingga selesai dan rebus selama 1 jam.

Setelah masak toskan airnya dan biarkan sejuk baru di potong.

Wah baunya sungguh harum dan nasinya pun lembut.

Alhamdulillah sedap dimakan dengan sayur lodeh dan sambal ikan bilis.Raya tahun ini nampak gayanya Cm akan ucapkan selamat tinggal pada nasi himpit segera yang menggunakan plastik :)

Cendol / Lod Chong.( I )

$
0
0
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Ramadhan datang lagi,kedatangan mu ku tunggu dengan penuh rasa gembira dan debaran.Lebih kurang 15 hari lagi umat islam akan menyambut bulan puasa dan ramai yang telah mula melatihkan diri berpuasa sejak bulan Rejab lagi.

 Alhamdulillah.Saat yang paling manis sekali apabila tiba waktu berbuka yang menandakan kita telah berjaya menahan lapar dan dahaga selama sehari suntuk...jangan salah faham ya berpuasa bukan sekadar menahan lapar dan dahaga sahaja  tetapi menjaga tuturkata..pandangan dan pendengaran.Banyakkan berzikir dan membaca Al Quraan.Semoga Ramadhan kita kali ini lebih baik dari yang sebelumnya..Amin.



Setiap kali bulan puasa  Cm jarang ke pasar Ramadhan.Kami berbuka seadanya sahaja .Itulah permintaan suami yang selalu menasihati kami anak beranak agar jangan membazir dan jangan menjadikan bulan puasa sebagai pesta untuk makan-makan.Selalunya kami berbuka puasa dengan buah tamar ,minuman panas dan sejuk serta nasi.

Sekali sekali Cm akan sediakan sejenis kuih tetapi selalunya suami akan menjamah kuih selepas solat terawih.Cendol salah satu kegemaran suami dan anak-anak.Tahun ini insyallah Cm akan cuba buat cendol sendiri :)

Cendol : Sumber KakBesah.

Bahan-bahannya:

1 cawan tepung beras.
3 cawan air daun pandan.(10 helai daun pandan di kisar dengan 3 cawan air)
1/2 tsp kapur -bancuh dengan 2 tbsp air.
Sedikit pewarna hijau-optional.
2 tbsp penuh tepung ubi.

Cara-caranya:


  • Satukan semua bahan-bahan di atas hingga sebati dan tapiskan.
  • Tuangkan ke dalam periuk non stick dan masak dengan api yang sederhana.
  • Sentiasa mengacaunya agar tidak berketul-ketul.
  • Masak sehingga mendidih dan adunan menjadi licin serta bersinar,
  • Sementara itu masukkan air dan sedikit ketulan air batu ke dalam bekas yang sesuai.
  • Sendukkan adunan kedalam acuan cendol dan tekan ke dalam bekas yang mengandungi air batu tadi.
  • Lakukan sehingga selesai.
  • Simpan di dalam peti sejuk dan sedia untuk di hidang mengikut citarasa masing masing.
  • Ada yang suka makan bersama santan,gula melaka dan kacang merah serta durian.
Inilah acuan cendol yang Cm gunakan.Tetapi lubangnya agak besar jadi hasil cendol kali ini lebih besar saiznya . Selamat mencuba .

Sambal Belacan.

$
0
0
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Bekalan belacan tidak pernah putus sejak adik perempuan Cm menetap di Kedah.Apabila Cm  balik emak selalu top up bekalan belacan .Cm simpan belacan dalam freezer jadi apabila lama belacan tu dalam freezer  dia jadi peroi . Cm masukkan dalam oven dan panggang hingga garing.Tunggu sehingga betul -betul  sejuk bolehlah di simpan dalam botol yang kedap udara.Senang jika nak guna bolehlah cedok je :)...kira belacan segera la :)
Belacan yang telah di panggang.


Simpan dalam botol yang kedap udara.

Bahan-bahannya:

5 biji cili masak.
6 biji cili api.
2 biji limau kasturi.
1 tbsp serbuk belacan.
2 ulas bawang putih-bakar sekejap dan cincang halus.
3 ulas bawang merah-bakar sekejap dan cincang halus.
Garam secukup rasa.
Gula secukup rasa.

Cara-caranya:

  1. Tumbuk cili masak dan cili api sehingga hancur.
  2. Masukkan belacan,bawang putih dan bawang merah.Tumbuk hingga sebati.
  3. Masukkan garam dan gula.
  4. Perahkan jus limau kasturi.
  5. Gaul hingga rata.
Sedap di makan bersama ulam-ulaman seperti kacang panjang,timun,daun selom ,ulam raja dan ulam-ulam kampung yang lain.

Selamat berpuasa kepada kawan-kawan muslimin dan muslimat yang berpuasa pada hari ini.Dan ada ibu -ibu pastikan anak-anak anda berada dalam rumah ketika keadaan jerebu yang semakin teruk ini

.Putrajaya pun dan redup kerana jerebu.Jangan lupa minum air yang banyak dan sentiasa memakai mask apabila keluar rumah.Sama-sama lah kita berdoa agar masalah ini cepat berlalu.Harap-harap akan ada hujan dalam masa terdekat ini.

Ayam Lemon

$
0
0
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Menu orang yang tak suka pedas.Ayam Lemon tetapi sesiapa yang mempunyai selera "cili api" rasanya menu ini bukan pilihan mereka :).Dulu Cm pernah buat dah kat SINI.Kali ini Cm ambil resipi DISINI.Resipi yang sungguh ringkas tetapi sesuai dengan selera kami anak beranak .Cm dah ubah suai mengikut selera sendiri.

Bahan-bahannya:

3 keping dada ayam -potong kiub atau memanjang.
1 1/2 cawan tepung jagung.
1/2 tsp garam.
1/3 tsp serbuk lada hitam.
1 tsp parutan halia.
3 biji kuning telur.-pukul ringan dengan garfu.
Minyak untuk menggoreng secukupnya.

Sos Lemon.

1 1/2 cawan air.
1/3 cup jus lemon.
1 1/2 tbsp light brown sugar.
2 tbsp tepung jagung.
1/2 tbsp madu.
1/2 ketul kiub perisa ayam.
1/2 tbsp parutan halia.
Sedikit pewarna kuning-optional.

Cara-caranya:


  • Perap isi ayam bersama garam,lada hitam dan parutan halia.
  • Celup isi ayam dalam bancuhan kuning telur.Kemudian golekkan atas tepung jagung.
  • Panaskan minyak.Goreng sehingga ranggup.Ketepikan.
  • Sediakan sos Lemon.
  • Satukan semua bahan-bahan untuk sos lemon.Kacau hingga sebati.
  • Masak sehingga mendidih.Jika nampak terlalu pekat boleh tambah air.Seimbangkan rasa masam,manis dan masin.
  • Tuangkan ke atas ayam goreng tadi.
  • Siap untuk dihidangkan dengan nasi panas.
Semoga anakanda Aqma Mimie berpuas hati dengan resipi yang makcik letak ni :) selamat mencuba.

Khao Tom Mad (Sweet Sticky Rice Parcels)

$
0
0
Assalamualaikum dan selamat petang.


Cm adalah penggemar masakan Thai.Tak kira lah lauk pauk atau kuih muih.Masakan Thai banyak persamaan dengan masakan Kelantan tanah kelahiran Cm, mungkin kerana  berjiran.Atau mungkin juga sebab Kelantan pernah di jajah oleh Siam pada satu ketika dahulu jadi banyak terdapat pengaruh masakan Thai dalam masakan  Kelantan.

Salah satu  kuih yang di kenali dengan nama Khao Tom Mad.Bila masuk negeri Kelantan nama bertukar jadi    Pulut Dakap :)..Untuk melihat resipi asal Thai sila ke SINI.

Bahan-bahannya:

500 gm beras pulut-cuci dan rendam selama 2-3 jam.
2 cawan santan pekat.
1/2 tsp garam.
4 tbsp gula pasir.
6- 7 biji pisang -belah dua.(pisang awak,pisang berangan atau pisang abu)
Kacang merah secukupnya di rebus sehingga empuk,

Tali untuk pengikat.
Daun pisang secukupnya.

Cara-caranya:


  • Satukan gula ,garam dan santan dalam periuk nonstick.
  • Masak sehingga gula larut.
  • Masukkan beras pulut jangan lupa toskan terlebih dahulu ya.
  • Dengan api yang perlahan kacau pulut sehingga agak kering.Sejukkan.
  • Lapik dua helai dau pisang .Letakkan kacang merah kemudian sudukan sedikit pulut.Lepas itu letakkan pisang dan  sekali lagi  sudukan sedikit pulut untuk melindungi pisang.Akhirnya letakkan beberapa biji kacang diatasnya.
  • Balut seperti membalut kuih lepat .Tangkupkan dua bungkusan pulut dan ikat sehingga kemas.Pastikan balutan kemas agar pulut tidak terkeluar semasa merebusnya nanti.
  • Aturkan bungkusan pulut dalam periuk.Isikan air anggaran paras bungkusan pulut tu.Masak sehingga air hampir kering.
  • Toskan dalam tapis.Siap untuk dihidang :)
Selamat berhujung minggu :)

Tako ( Thai Pudding With Coconut Topping)

$
0
0
Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Selamat petang semua :) Cm dah siap masak kuih Tako,satu lagi kuih dari negara jiran.Pertama kali Cm mencuba kuih kegemaran kami sekeluarga.Dulu pernah cuba buat casing /kotak dari daun pandan tetapi gagal kerana Cm main taram je ikut suka sendiri,Ada lobang di tengah-tengahnya serta bentuk yang herot merot :(.

Kali ini Cm belajar dengan berpandukan step by step dari beberapa buah blog Thai.Alhamdulillah berjaya akhirnya walaupun tak berapa cantik.Nak cantik nampak gayanya botak lah pokok pandan kat tepi rumah ni.Terima kasih pada Puan Neo kerana bawakan daun pandan untuk Cm tengahari tadi.Alhamdulillah.Rezeki.
Thanks to  Wendy kerana berkongsi resipi kuih Tako ini.Cm selalu singgah ke  dapur Wendy jika ingin mencari resipi masakan Cina tetapi kali ini dapat pulak resipi  masakan Thai .

Bahan-bahannya:

Lapisan Pandan:

25 gm tepung Hong kwee.
250 ml air perahan daun pandan.
40 gm gula pasir.
3 biji sengkuang Cina-cincang kasar.


Lapisan Santan:

15 gm tepung hong Kwee
125 ml air.
125 ml santan.
Secubit garam.
40 gm gula pasir.


Cara-caranya:


  • Sediakan bekas /casing dari daun pandan.Cm bentukkan dengan menggunakan daun pandan yang berukuran  7 inci.Jadi saiz kuih Tako ini agak kecil.
  • Satukan semua bahan-bahan untuk adunan pandan ke dalam periuk non stick.Masak dengan api yang perlahan dan hendaklah sentiasa kacau sehingga adunan likat dan berkilat.
  • Sudukan ke dalam  bekas daun pandan agak-agak 1/2 bahagian.
  • Kemudian satukan bahan-bahan bahagian santannya pula.Kacau atas api sehingga pekat dan berkilat,
  • Tuangkan ke atas permukaan adunan pandan tadi .Biarkan adunan sejuk baru masukkan ke dalam peti sejuk.
  • Siap untuk di hidangkan.



Kali ini  sambutan yang diterima sungguh baik,hilang dalam beberapa minit je jadi Insyallah Cm tanda resipi ini untuk Ramadhan yang akan datang  tidak lama lagi :) pening la makan Tako hari-hari .

Cendol - II

$
0
0


Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Selamat tengahari .Sejak akhir-akhir ini cuaca extra panas jadi jangan lupa minum air lebih ya.Dari  semalam tekak mulai perit dan hari ini Cm dah mula batuk-batuk.Harap tak berpanjangan la.Orang tua macam Cm ni jika batuk memang ada masalah besar :(

Hari ini sekali lagi Cm masak cendol tetapi dengan menggunakan resipi yang berbeza dan acuan yang berbeza..Alhamdulillah sungguh berpuas hati jika di bandingkan dengan acuan yang terdahulu.Acuan yang baru ini lebih besar tetapi mempunyai lubang yang lebih kecil dan cantik..Resipi asalnya Cm ambil DISINI.


Bahan-bahannya:

1/2 cawan tepung beras.
1/2 cawan tepung Hong Kwee hijau.
3 cawan air daun pandan-(5 helai daun pandan di kisar dengan 3 cawan air.)


Air ais yang mencukupi.

Cara-caranya:


  • Satukan tepung beras,tepung hong kwee dan air daun pandan ke dalam periuk nonstick.
  • Masak dengan api yang perlahan dan hendaklah dikacau tanpa henti sehingga adunan likat dan berkilat.
  • Masukkan air ais ke dalam mangkuk.
  • Curahkan adunan ke dalam acuan cendol dan tekan ke dalam mangkuk ais.

Sangat berpuas hati.Cendolnya pun tak cepat patah atau hancur walaupun dikacau kacau dengan senduk.Seronok betul :)



Resipi yang menggunakan tepung Hong kwee hijau lebih wangi dan setelah dimasak adunannya lebih lembut.Selamat mencuba :)




Acar Masak..Ramadhan.

$
0
0
Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Minggu depan umat islam mula berpuasa.Semoga kesihatan kembali normal setelah beberapa hari terbatuk-batuk.Orang lain masa jerebu hari itu batuk dan demam tapi Cm ni selepas jerebu baru lah batuk,selsema melanda.Alhamdulillah Allah bagi sakit yang sungguh minima berbanding dengan orang yang mengidap penyakit kronik yang sukar untuk sembuh.

Menjelang Ramadhan terkenangkan arwah ayah.Beliau orang yang paling sibuk untuk menyambut puasa.Beli lauk pauk dan barang-barang keperluan dapur.Sebelum tidur arwah ayah akan berpesan pada kami agar jangan lupa "pasang" niat...."Sahaja aku berpuasa sebulan,bulan Ramadhan kerana Allah Taala"...ha..ingat tu jangan lupa niat.Masih terngiang-ngiang ditelinga pesanan arwah ayah.

Cm jarang menulis tentang arwah ayah yang Cm panggil Wan,bukan tak ingat tetapi Cm buat-buat lupa agar tidak rasa terlalu sedih /merinduinya.Setiap kali selesai solat tidak pernah lupa untuk   mendoakan agar rohnya  ditempatkan di Syurga bersama-sama para Anbiya dan Syuhada.Semoga Allah ampuni segala dosa-dosanya.Semoga kami di ketemukan di Syurga..Insyallah.

Kami bangga dengan Wan yang buta huruf,tidak pernah besekolah seorang yang yatim piatu sejak umur 8 tahun  tetapi mempunyai pandangan yang jauh tentang pendidikan anak-anak.Walaupun Wan hanya buruh kasar bergaji sekitar  rm 3sehari  pada tahun 1973  tetapi semua anak-anak Wan berjaya dalam pelajaran.Kehidupan kami bertambah baik  sedikit demi sedikit.Wan pula sentiasa berusaha untuk mengubah kehidupannya.

Kami selalu ketawa bila Wan buat lawak bila ada orang bercakap besar tentang kejayaan anak-anak mereka.Wan akan keluar ayat-ayat mautnya...hah Engineer?buleh muat dengan lori..Dokter?belana koknar  kat rumoh nih hehehe.... Begitulah Wan..alfatehah.



Bahan-bahannya:

1 biji timun-buang biji dan potong nipis memanjang.
1 batang karot-potong kecik memanjang.
Sedikit bijan.
5 batang kacang panjang.-potong
6 ulas bawang putih-kupas biarkan sebiji sebiji.
3 tangkai cili kering.
4 ulas bawang merah.
3 ulas bawang putih.
Gula merah secukupnya.
Cuka secukupnya.( Cm guna cuka kurma)
Garam secukup rasa.
2 inci halia.
Secubit kapur sireh.
1 inci kunyit hidup.
Sedikit minyak untuk menumis.


Cara-caranya:


  • Rendam kacang panjang.timun dan karot dengan air kapur sekejap.
  • Kisar bawang merah,cili kering,halia,kunyit dan 3 ulas bawang putih hingga hancur.
  • Panaskan minyak.Tumis bahan-bahan kisar hingga naik baunya.
  • Masukkan gula merah,garam dan cuka.Kacau rata.
  • Kemudian masukkan sayur-sayuran dan 6 ulas bawang putih.
  • Masak sehingga layu.Rasa masam,manis dan masin.Biar seimbang.Taburkan bijan.kacau hingga rata.



Sardin ( Homemade)

$
0
0



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Ada diantara kita yang tidak boleh makan makanan dalam tin kerana alahan atau masalah kesihatan Jadi pilihan terbaik jika teringin juga nak makan sardin ialah dengan membuat Homemade Sardin .Dulu-dulu semasa belum ada " dapur" maya ni Cm tidak pernah terlintas pun atau tidak ambil "pot" untuk buat sadin dirumah.

Sebenarnya Homemade sardin  lagi sedap dan selamat dimakan jika dibandingkan dengan  sardin dalam tin yang dibeli dari kedai..Cara nak memasaknya pun sungguh senang hanya  perlukan Pressure Cooker je.Dalam masa  satu jam sudah siap :)

Sardin - Sumber  :En.Mat Gebu.

Bahan-bahannya:

700 gm ikan tongkol.
1/2 cawan tomato puree
1/2 cawan minyak masak.
25 gm bawang putih.
80 gm bawang merah.
20 gm halia.
2 1/2 cawan air.
Garam dan gula secukup rasa.


Cara-caranya:


  • Ikan tongkol disiang dan buang kepalanya dan dipotong sederhana saiznya.
  • Cuci bersih dan perap sekejap dengan garam dan jus  limau nipis.Cuci dan toskan.
  • Bawang putih,bawang merah dan halia dikisar halus.
  • Panaskan minyak dalam pressure cooker dan tumis bahan-bahan kisar sehingga wangi.
  • Masukkan tomato puree dan air serta gula & garam.
  • Masak sehingga naik minyak.
  • Masukkan ikan dam biarkan sehingga mendidih.
  • Tutup pressure cooker dan pasang injapnya.
  • Masak dengan api yang kuat sehingga berbunyi desirnya.
  • Kecilkan  api dan masak selama 1 jam.
  • Apabila cukup masanya matikan api dan bawa pressure cooker  ke sinki dan alirkan air ke atas nya.
  • Apabila pressure cooker  telah benar-benar sejuk bolehlah dibuka penutupnya.
  • Ikan kelihatan masih elok tetapi tulangnya sungguh lembut seperti sardin dalam tin :)
  • Masaklah mengikut kesukaan masing-masing,tumis,kari atau untuk buat sandwich .
Selamat mencuba .Marilah kita sediakan makanan yang terbaik untuk orang-orang yang kita sayangi.Marilah kita "Memasak dengan penuh kasih sayang"




Kuih Seri Muka

$
0
0
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Selamat berpuasa Cm ucapkan pada muslimin dan muslimat semua.Semoga ibadah puasa kita diterima olehNya.Tahun ini seperti tahun-tahun yang lepas Cm berazam untuk tidak ke Pasar Ramadhan.Insyallah.Makanan yang dimasak sendiri dengan penuh kasih sayang lebih berkat:)

Pokok bunga telang yang Cm tanam berbunga dengan lebatnya.Jadi setiap hari Cm kutip dan simpan dalam freezer.Sayang jika tidak di petik kerana bunganya  tidak dapat bertahan lama.Hanya sehari sahaja dia kembang,besoknya sudah kecut.Cm guna air bunga telang  untuk mewarkan pulut bahagian bawah kuih seri muka  ini.

Cm suka makan kuih seri muka tetapi selalu gagal menghasilkan kuih yang cantik terutama bahagian atasnya.Ada masa terlalu lembik dan ada kalanya keras kejong.Hari ini sekali lagi Cm mencuba satu resipi baru yang Cm ambil kat SINI.Alhamdulillah pertama kali berpuas hati...seronok sangat-sangat terima kasih pada Pn.Bdaria dan minta maaf banyak-banyak sebab Cm ada ubah suai  sedikit ..sana sini mengikut selera sendiri..Jom kita lihat resipinya ya :)

Bahan-bahannya:

Lapisan Bawah.

500 gm beras pulut-rendam lebih kurang 1 jam.
250 ml santan.
250ml air.
1 1/2 tsp garam.
10 kuntum bunga telang-tumbuk hingga hancur dan masukkan 3 tbsp air.-tapis.

Cara-caranya:


  • Satukan semua bahan-bahan di atas ke dalam loyang( 10 x10 x 2) kecuali bunga telang.
  • Kukus sehingga masak.
  • Renjiskan air bunga telang dan kukus lagi sekejap.
  • Keluarkan loyang dari pengukus dan tekan-tekan pulut sehingga padat.

Bahagian Atas:

Bahan-bahannya:

A

250 gm gula pasir.
80 gm tepung kastad.
400 ml santan pekat.
400 ml air.
10 helai daun pandan

B

3 biji telur.
1/2 tsp garam.

Cara-caranya:

  • Kisar daun pandan dengan 400 ml air hingga hancur-tapiskan.
  • Satukan semua bahan-bahan A sehingga sebati.Ketepikan.
  • Pukul ringan telur dengan garfu.Masukkan garam.Kacau hingga rata.
  • Satukan A dan B .Kacau hingga sebati kemudian tapiskan.
  • Masukkan adunan ke dalam periuk dan kacau dengan api perlahan sambil sentiasa mengacaunya.
  • Apabila adunan agak-agak pekat tp jangan sampai mendidih ,tuangkan ke atas permukaan pulut tadi.
  • Kukus sehingga masak.
  • Tunggu sehingga kuih betul-betul sejuk barulah di potong.


Selamat mencuba dan Insyallah anda akan berpuas hati dengan hasilnya.Selamat berbuka puasa :)


Bubur Lambuk Ala Ala Kampung Baru :)

$
0
0
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Hari ini kami empat beranak akan berbuka puasa dengan bubur lambuk ala ala Kampung Baru ..ala ala je tau hikhik.Mana nak dapat bubur lambuk Kg baru di Putrajaya ni...jauh tu nak pi beratur kat Kg baru :)
Resipi asalnya dari dapur Wendy...Mmm koi Wendy :)

Bahan-bahannya:

1 cawan beras.( Cm guna beras wangi )
1 cawan daging yang dihiris nipis.
1/2 labu bawang besar-cincang.
3 ulas bawang putih-cincang.
1 helai daun pandan.
1/2 cawan santan kelapa.
1 tbsp penuh udang kering-rendam sekejap-cuci dan toskan.
1 tbsp minyak sapi.
1 tbsp minyak masak.
Garam secukup rasa.

Rempah-ratus :

2 inci kulit kayu manis.
1 tsp halba.
1/2 tsp jintan manis (cm letak yang  serbuk)
1 biji bunga lawang.
3 biji buah pelaga.
3 kuntum bunga cengkih.
2 tsp rempah kurma.

Bahan-bahan untuk tabur.

Daun bawang.
Daun sup.
Bawang goreng.

Cara-caranya:


  • Cucu beras dan toskan .
  • Panaskan minyak dalam periuk.Tumis rempah ratusnya hingga wangi.
  • Masukkan bawang merah dan bawang putih.tumis sehingga kuning.
  • Kemudian masukkan daging .kacau rata.
  • Masukkan air secukupnya untuk memasak bubur.Kemudian baru masukkan beras,udang kering dan daun pandan.Masak sehingga menjadi bubur.Jika terlalu pekat tambahkan air secukupnya.
  • Akhir sekali masukkan garam dan santan kelapa.Biarkan mendidih.
  • Hidang bersama hirisan daun bawang,daun sup dan bawang goreng.
Selamat berbuka puasa  buat kawan-kawan muslimin dan muslimat semua.Semoga ibadah puasa kita di terima olehNya.Insyallah.

Roti Kerca

$
0
0
Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Salam Ramadhan pada semua muslimin dan muslimat yang dikasihi.Berpuasalah nescaya kamu sihat ...salah satu hadis nabi berkaitan dengan puasa.Jadi jangan jadikan alasan takut  jatuh sakit jika berpuasa ya :)

Jika tak mahu makan nasi hari ini ,Cm ada resipi Roti Kerca untuk di sajikan pada keluarga tercinta.Alhamdulillah anak dan suami Cm dapat menerimanya tanpa banyak komen lagi pun mereka tidak cerewet tentang makanan.Apa yang Cm hidang mereka makan dengan berseleranya .Cm akan pastikan tidak pedas,masam dan terlalu beminyak.


Bahan-bahannya:

3 cawan tepung gandum.
1 biji telur.
1/2 tsp serbuk kunyit (optional)
2 tbsp minyak masak.
1 tsp garam.
3 cawan susu segar.

Cara-caranya:


  • Masukkan semua bahan-bahan diatas ke dalam blender.
  • Kisar sehingga sebati jika adunan terlalu pekat boleh tambah sedikit air.Sesuaikan dengan jenis tepung yang di gunakan.
  • Perap selama 10 minit.
  • Panaskan kuali nonstick tuangkan sesenduk kecil adunan dan gerak-gerakkan kuali agar tebalnya sekata.Lakukan seperti membuat kuih dadar.
  • Bila masak gulungkan .Potong mengikut selera masing-masing.


Kari Ayam:

Bahan-bahannya:

1 ekor ayam kampung (saiz kecil)-potong kecil.
1 1/2  tbsp serbuk kari.
2 biji ubi kentang.-belah empat.
3 cawan susu segar.
1/2 tbsp  plain yogurt.
1 biji buah tomato-belah empat.
2 kuntum bunga lawang.
2 biji buah pelaga.
2 kuntum bunga cengkih.
2 inci kulit kayu manis.
1 labu bawang besar-cincang.
2 inci halia-mayang halus.
1 biji cili hijau-tumbuk kasar.
2 ulas bawang putih-cincang halus.
Garam dan gula secukup rasa.
Sedikit minyak jagung untuk menumis.

Cara-caranya:


  • Bancuh rempah kari dengan sedikit air.Ketepikan.
  • Panaskan sedikit minyak jagung dan tumis bunga cengkih, bunga lawang,kayu manis dan buah pelaga.
  • Kemudian masukkan cili hijau, halia,bawang merah dan bawang putih.Tumis sehingga naik baunya.Masukkan rempah kari.Gaul rata.
  • Masukkan ayam dan kacau hingga mesra.Apabila air ayam hampir kering masukkan susu segar,buah tomato,kentang,yogurt dan garam serta gula secukup rasa.
  • Jika kuahnya terlalu pekat adjustlah mengikut selera sendiri.Boleh tambah sedikit air atau susu segar.
  • Hidang bersama roti kerca :)

Sayur Peria

$
0
0



Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Sudah berbulan-bulan kami sekeluarga dapat menikmati sayur peria organik yang kami tanam betul-betul di depan pintu rumah kami..Rajin sungguh pokok peria ni berbuah tak putus-putus dalam masa beberapa bulan ini.Bermacam-macam cara Cm masak..kerabu,rebus,goreng,masak lemak ,makan sebagai ulam dengan sambal belacan dan lain-lain lagi.

Buah peria bergayut-gayut walaupun pokoknya hampir kering.Tadi Cm dok kira ada 7 biji yang menanti untuk di petik.Jika lambat peria akan masak.


Kami tanam pokok peria  ini betul betul di depan pintu kerana disinilah tanahnya yang  agak  subur  & gembur .Kami gilir-gilirkan dengan tanaman timun,terung,kacang panjang serta  peria dan peria yang paling banyak berbuah kerana hampir tiada musuh..

Alhamdulillah walaupun kebun bersaiz "sekangkang kera" hasilnya sungguh lumayan.Sayur yang bebas dari racun kimia.

 Saiz buah peria ini agak kecik jika di bandingkan dengan buah yang awal awal dulu.
Peria Goreng Dengan Daun Ketumbar.

Bahan-bahannya:

3 biji buah peria-hiris nipis.
6 ulas bawang merah-hiris
1 pohon daun ketumbar-cincang halus.
1/2 tsp serbuk lada hitam.
Garam dan gula secukup rasa.
sedikit minyak jagung untuk menumis.

Cara-caranya:


  • Panaskan minyak dan tumis bawang sehingga wangi.
  • Masukkan peria dan kacau  rata.
  • Akhir sekali masukkan daun ketumbar,serbuk lada hitam,garam serta gula.
  • Gaul sehingga rata ,kecilkan api dan biarkan peria masak dengan airnya tanpa di tambah air biasa.
  • Hidang dan sedap di makan ketika masih panas.

Selamat berbuka puasa :)


Kuih Lapis Bunga Telang.

$
0
0


Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Jangan ada yang pening pulak jika asyik tengok kuih warna biru je kat dapur Cm ni ya :).sayang nak biarkan bunga tu gugur dan membazir begitu je jadi hari ini Cm gantikan warna merah untuk kuih lapis dengan warna biru.Tetapi warna biru meresap pula ke bahagian lapisan warna putih.Jika Cm guna warna tiruan warna merah ,warnanya tidak meresap .Tak apa yang ini lebih selamat dari warna tiruan kan :)
Bahan-bahannya:

3 1/2 cawan tepung gandum.*
1 1/2 cawan tepung beras.*
1 1/2 cawan gula pasir.
1 1/2 biji kelapa parut.
8 cawan cecair =air +sirap gula +santan.
Secubit garam.
1 helai daun pandan.
Bunga telang secukupnya-tumbuk dan letak sedikit air dan tapis.

Cara-caranya:


  • Masak gula pasir dengan 2 cawan air dan daun pandan hingga gula larut.Ketepikan.
  • Kisar kelapa dengan 3 cawan air sehingga hancur dan tapis.
  • Ayak bahan bertanda *
  • Jangan lupa panaskan pengukus ya.
  • Satukan sirap  gula,santan dan air .Sukat sehingga jadi 8 cawan.
  • Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan kacau hingga sebati.Tapiskan.
  • Bahagikan adunan kepada dua bahagian.
  • Satu bahagian dibiarkan warna asal dan satu lagi diwarnakan  biru bunga telang.
  • Sapukan sedikit minyak pada loyang.
  • Curahkan satu senduk adunan warna putih dan kukus hingga masak.Kemudian curahkan adunan warna biru ke atasnya dan kukus lagi  .lakukan proses yang sama sehingga selesai.
  • Biarkan kuih betul betul sejuk baru di potong.





Kuih Som Som.

$
0
0
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Berbulan-bulan lamanya Cm dan  suami mencari benih pokok Suji atau Pandan Serani tetapi gagal.Ramai yang tidak kenal.Cm pun tahu kewujudan pokok Pandan  Serani ini dari Bibik yang menjaga Aqeel cucu Cm tu.Katanya di Indon mereka gunakan untuk mewarnakan kuih muih seperti Kuih Som Som,Buah Melaka  dan Cendol.Tak perlu menggunakan pewarna tiruan yang ternyata tidak baik untuk kesihatan .

Alhamdulillah ada hamba Allah yang sangat baik hati dan sudi mengirim keratan pokok Pandan  Serani ini pada Cm tanpa mengenakan apa-apa bayaran melalui pos laju.Terharu sangat-sangat kerana kami belum kenal hanya kawan di fb je.Allah sajalah yang dapat membalas budi baik Puan R itu.Terima kasih.

Inilah rupanya daun Pandan Serani.Sebelum di tanam Cm ambil sedikit daunya untuk mewarnakan  Kuih Som Som  ini.Cantik hijaunya apabila dikisar ,gabungan daun pandan biasa dan daun pandan serani menghasilkan warna hijau yan cantik.Tak perlu tambahan pewarna tiruan dan  baunya pun sangat wangi..Mudah-mudahan pokok ini akan berkembang biak dan akan Cm panjang-panjangkan kepada sesiapa yang berminat.

Kuih Som Som.

Bahan-bahannya:

1 1/2 cawan tepung beras.
1 1/2 tbsp tepung ubi.
Sedikit kapur.-bancuh dengan sedikit air.
1 biji kelapa parut ambil yang putihnya.
5 cawan air.
Secubit garam.
1 cawan air.
4 helai daun pandan.
5 helai daun  pandan serani .

Cara-caranya:


  • Kisar daun pandan dan daun pandan serani dengan 1 cawan air-tapiskan.
  • Kisar kelapa parut dengan 5 cawan air sehingga hancur-tapiskan.
  • Satukan semua bahan-bahannya hingga sebati dan tapis.
  • Dengan menggunakan periuk yang tidak melekat masak atas api yang sederhana.
  • Sentiasa mengacau adunannya tanpa henti sehingga adunan berkilat dan keluar wap.
  • Sejukkan dalam bekas  pilihan anda.Apabila sejuk boleh lah simpan dalam peti sejuk.

Sila abaikan rupa kuih ini kerana Cm tak sabar nak ambil gambar.Tak sempat nak tunggu betul-betul sejuk telah di keluarkan dari bekasnya :(

Sirap Gula Melaka.

Bahan-bahannya:

1 buku gula Melaka.
1 cawan air.
1 helai daun pandan.

Cara-caranya:

Masak gula Melaka bersama air dan daun pandan hingga agak pekat.Siap untuk dihidangkan bersama Kuih Som Som.Sedap dimakan setelah di sejukkan dalam peti sejuk terlebih dahulu.





Homemade Bawang Goreng Ranggup.

$
0
0



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Cm ada mendengar cerita yang tidak enak tentang bawang goreng yang kita beli dari kedai dan ianya sungguh menakutkan.Kebenaran cerita-cerita tu belum terbukti tetapi yang pastinya pengusaha  bawang goreng yang bersekala besar akan menggunakan minyak yang sama berulang-ulang kali ini  tentunya  tidak baik untuk kesihatan.

Kepada kawan-kawan di luar sana ... ayuh mari kita bekalkan makanan yang selamat untuk orang-orang yang kita sayangi.Membuat bawang goreng  sendiri di rumah bukan perkara yang susah hanya perlu ada sedikit kerajinan untuk mengupas,menghiris dan menggoreng bawang.Tetapi percayalah apabila melihat hasilnya.....hilang segala penat tu :)...seronok !!!


Bawang merah dan bawang putih  dihiris nipis.(bawang putih tak nampak dalam foto ni)




Goreng dengan minyak yang agak banyak.

Tos minyak dengan menggunakan tisu dapur.Bawang putih dicampur sekali dan goreng bersama -sama bawang merah kombinasi kedua-dua bawang ini telah  menghasilkan bau yang sungguh wangi.

Inilah hasilnya.



Bahan-bahannya:

1 1/2 kg bawang merah.
1 labu bawang putih.
Tepung gandum secukupnya.
Minyak untuk menggoreng.

Cara-caranya:


  • Kupas bawang merah dan bawang putih cuci bersih & toskan.
  • Mayang bawang merah dan bawang putih hingga nipis. 
  • Taburkan tepung gandum dan gaulkan hingga sekata.
  • Panaskan minyak dan goreng hingga bawang bertukar  warna perang keemasan.
  • Keluarkan bawang goreng dari kuali dan letakkan diatas tisu dapur.
  • Apabila sejuk simpan bawang  dalam bekas yang kedap udara dan sedia untuk di gunakan.

Kek Coklat Kukus II

$
0
0


Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Setiap kali Cm nak menghias kek setiap kali terasa tangan ni kaku dan keras.Segala yang di buat nampak tak kena je..tak cantik.Anak Cm Along tergelak apabila melihat Cm keletihan dan kecewa dengan hiasan yang tak menjadi ".Frust betul la...tapi tahun ni mama tak mau kek dari kedai :( "....so Along bawa Cm  ke Cold Storage Alamanda untuk beli buah strawberi nak  make upkan  kek coklat yang seakan-akan  kepala "Bozo The Clown" dari pandangan atas hikhik.


Nama asal kek ni adalah Russian Black And White Chocolate Cake yang Cm ambil dari dapur Hana.Tetapi rasanya namanya nak  kena tukar sebab rupa kek dah jadi lain" bebenor" :) .....Terima kasih Hana dan mohon kemaafan  kerana telah menderhaka secara tak sengaja... kek yang sepatutnya  "kiut miut" seperti yang Hana buat tu  telah jadi besar "gedabak" ...tentang rasanya Insyallah mesti sedap ni walaupun Cm belum makan lagi kerana berpuasa.Petang nanti baru tahu rasa yang sebenarnya.
Resipi Kek Coklat.

Bahan-bahannya:

170 gm tepung superfine *
1 tsp baking powder *
1 tsp soda bikarbonat *
1 tin susu cair (400gm)
100 gm serbuk koko.
200 gm minyak jagung.
250 gm susu pekat manis.
250 gm gula halus.
5 biji telur-blend selama  5 minit.

Cara-caranya:


  • Ayak bahan-bahan yang bertanda *.
  • Guna periuk nonstick-satukan minyak masak,serbuk koko,gula,susu cair,susu pekat manis atas api yang kecil.kacau hingga larut dan tak perlu tunggu hingga mendidih.Angkat.
  • Kemudian masukkan telur yang di blend tadi dan kacau hingga sebati.
  • Akhir sekali masukkan bahan-bahan yang telah diayak tadi.Kacau hingga rata dengan menggunakan whisk.
  • Tuangkan ke dalam loyang yang telah disapu dengan sedikit butter dan alaskan dengan kertas minyak.
  • Kukus selama 1 jam.
Resipi Coklat Ganache.

Bahan-bahannya:

200 ml whipping cream (dairy)
500 gm coklat masakan.(lebih elok di gunakan coklat compound)
1 tbsp air 
2 tbsp sirap glukos.
2 tbsp soft butter.

Cara-caranya:

  • Panaskan whipping cream tak perlu mendidih.Masukkan air,butter dan sirap glukos..
  • Kacau hingga rata.Angkat.
  • Masukkan coklat masakan dan kacau hingga sebati.Sejukkan.
  • Apabila sejuk simpan dalam peti sejuk sekejap.Sedia untuk di gunakan.

Resipi Coffee Cream Cheese.

Bahan-bahannya:

500 gm cream cheese.
1 cawan butter lembut.
1 cawan gula asing.
1 peket coffee 3 in one.


Cara-caranya:

Satukan semua bahan-bahan di atas dan pukul sehingga kembang.Siap untuk di gunakan.


Cara-cara penyediaannya /Hiasan.

  • Potong kek kepada 3  lapisan.
  • Isikan Coklat Ganache  dan Coffee Cream Cheese ke dalam dua piping beg .
  • Letak se keping kek ke atas papan kek dan paipkan coklat ke atas permukaan kek secara bulatan.
  • Kemudian di selang seli dengan Coffee Cream Cheese.Lakukan sehingga selesai.
  • Letakkan kepingan kek yang seterusnya ke atas lapisan yang pertama tadi dan lakukan proses yang sama.
  • Last sekali tutup dengan lapisan yang terakhir.
  • Sapukan seluruh permukaan kek dengan coffee Cream Cheese.
  • Akhir sekali tuangkan Coklat Ganache ke atas kek.Jika Coklat mula mengeras panaskan sekejap denga kaedah double boil.
  • Simpan kek dalam peti sejuk sebelum di potong.
*** Untuk hisan terpulang pada kreativiti masing-masing.






Setelah melalui 3/4 dari perjalanan hidup  ini ...Cm hanya memohon kepadaNya agar di kurniakan kesihatan yang baik dan ditambahkan iman .Mudah-mudahan sisa sisa usia yang tinggal ini penuh dengan keberkatan....Syukur Alhamdulillah atas segala nikmat yang Allah beri....
Viewing all 218 articles
Browse latest View live