Quantcast
Viewing all 218 articles
Browse latest View live

Nasi Kerabu

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Berbuka  puasa jika tak makan nasi kerabu rasa seperti ada yang tak lengkap sama seperti tanpa  buah kurma .Jika nak kan nasi kerabu yang sedap mesti memasak sendiri di rumah.....kalau beli tu faham-faham sajalah.Susah nak jumpa yang sesuai dengan selera.

Jadi kebetulan semalam semua anak-anak balik berbuka puasa dengan kami kecuali Zuhri yang tidak pulang bercuti pada tahun ini.Walaupun kepenatan tetapi puas hati kerana dapat memasak nasi kerabu sendiri.Bekalan bunga telang sentiasa ada di dalam freezer jadi warna nasi kerabu kali ini agak "mewah" dengan warna biru :)... Suami Cm  yang tak banyak komen pun cakap..wah birunya ..heheh.
Kali ini ulam-ulamannya pun banyak.Cm memang tak suka jika makan nasi kerabu berulamkan kobis.Semalam ulamnya ,ada pucuk serai kayu,daun tenggek burung,kacang botor,daun kesum,bunga kantan,tauge,kacang panjang,daun selom  dan timun.Kira lengkap la.

Nasi.

Bahan-bahannya:

5 cawan beras basmathi.
7 cawan air (bergantung pada jenis beras)
5 helai daun limau pulut.

Cara-caranya:

Tanak nasi seperti biasa.Masukkan daun limau purut.Pastikan nasi tidak lembik kerana nasi kerabu lebih sedap jika nasinya berderai.

Sambal Kelapa.

Bahan-bahannya:

1 biji kelapa parut-ambil yang putihnya.
2 ekor ikan kembung-rebus telebih dahulu.
1 batang serai.-racik halus.
1 ulas bawang putih.
3 ulas bawang merah.
1/2 tsp lada hitam.
1/2 inci halia.
gula melaka secukup rasa.
garam secukup rasa.

Cara-caranya:


  • Kelapa parut sangai sekejap hingga kering.
  • Tumbuk serai,bawang putih,bawang merah,halia ,gula melaka,garam dan lada hitam sehingga lumat.
  • Tumbuk isi ikan hingga hancur.
  • Tumbuk ringan kelapa parut jangan hancur sangat ya.
  • Gaulkan bahan-bahan tumbuk dengan kelapa.
  • Seimbangkan rasanya.Cm sukakan sambal kelapa ni manis sedikit.
  • Sedia untuk di gunakan.
Ulam.

Kacang botor.
Daun selom.
Pucuk serai kayu (pucuk salam)
Kacang panjang.
Tauge.
Daun tenggek burung.
Bunga kantan.
Daun kesom.
Timun.


Cara-caranya:

Mayang halus ulam-ulaman di atas.

Budu Tumis 

Bahan-bahannya:

1/2 biji kelapa parut-ambil santan pekatnya.
1 batang serai-ketuk..
1 keping asam gelugur.
1 ulas bawang putih*
1/2 inci halia.*
4 tangkai cili kering.*
1/2 biji buah limau purut.
2 helai daun limau purut.
3 ulas bawang merah.*
4 tbsp budu.
Sedikit minyak untuk menumis.
Garam dan gula melaka secukup rasa.

Cara-caranya:


  • Kisar bahan-bahan yang bertanda * hingga hancur.
  • Panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan kisar hingga wangi.
  • Masukkan santan,serai,daun limau purut,buah limau purut,asam keping dan budu.
  • mask sehingga mendidih.Last sekali masukkan sedikit garam dan gula melaka.
  • Siap.


Ikan Celup tepung.

8 ekor ikan selayang.*
3 keping asam gelugur.*
Sebesar ibu jari lengkuas.*
Sedikit garam.*
Sedikit gula melaka.*
Air secukupnya.*

Bahan-bahan salut.

1 cawan tepung beras,
1/2 cawann tepung gandum.
1 biji telur.
1/2 tsp serbuk kunyit.
1/2 tsp garam.
Secubit kapur.
Air secukupnya.

Minyak untuk menggoreng.

Cara-caranya:

  • Satukan bahan-bahan bertanda * dalam periuk dan rebus sehingga ikan masak.Toskan airnya.
  • Bancuh bahan-bahan salut seperti adunan untuk menggoreng pisang.
  • Panaskan minyak.
  • Celupkan ikan ke dalam adunan di atas dan goreng sehingga garing.
Keropok.

  • Goreng lebihan adunan bahan-bahan salut seperti menggoreng tempeyek.
  • Simpan dalam bekas kedap udara.Sedia untuk digunakan.
Telur masin rebus.
Budu Secukupnya.

 **Nasi kerabu sedap dimakan bersama ayam atau ikan percik,daging bakar dan keropok ikan.


Ikan Salai Masak Sambal Hijau.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Bila dah penghujung bulan puasa begini idea untuk masak-masak  pun dah nak kering .......apa nak masak hari ini......buntu kan.Apabila memasak kena fikir selera anak,selera suami dan selera sendiri......kebiasaannya selere diri sendiri boleh di abaikan,tetapi apabila suami ada jemputan berbuka di luar maka Cm akan memasak apa yang Cm suka :)..yehaa....Jahatnya bunyi hikhik
Pagi tadi semasa singgah di Pasar Semenyih Cm beli dua ekor ikan salai.Makcik orang Minang yang menjual ikan tu siap kasi resipi dan cara-caran nak memasak ikan salai tersebut.Harga ikan ini boleh tahan juga..Rm 40 untuk satu kg.Cm hanya beli dua ekor .


Bahan-bahannya:

2 ekor ikan salai.
8 biji cili hijau.
8 biji cili api.
1 biji cili merah.
1 biji buat tomato.
3 ulas bawang putih..
10 ulas bawang merah.
1 keping asam gelugur.
Garam dan gula melaka secukup rasa.
Sedikit belacan.

Cara-caranya:


  • Goreng ikan hingga garing.Toskan minyaknya dan ketuk ikan seperti mengetuk ayam penyet.Ketuk sekali je ya dan berhati-hati takut hancur kerana ikan ini sangat ranggup.
  • Tomato di belah-belah.
  • Masukkan buah tomato,cili hijau,bawang merah,bawang putih,cili api dan cili merah ke dalam blender.Kisar kasar.(Tekan sekejap  je switch blender dan stop)
  • Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan kisar sehingga wangi dan agak kering.Masukkan garam,asam keping  dan gula melaka secukup rasa.
  • Akhir sekali masukkan ikan goreng daan kacau rata.
  • Siap untuk di hidangkan.

*** Jika suka pedas boleh tambahkan lagi cili api tu ya :) Selamat mencuba.

Lemak Cili Padi Telur Itik.




Masak Lemak Cili Padi Telur Itik.
Sumber : Dapur Tanpa Sempadan.

Bahan-bahannya:

6 biji telur itik.
3 batang serai di titik.
2 helai daun kunyit -disiat siat.
1 liter santan cair.
400 ml santan pekat.
1 keping asam gelugur.
15 biji belimbing buluh.
Garam dan gula secukup rasa.

Bahan-bahan tumbuk:

1 genggam cili padi kampung.
3 ulas bawang merah.
2 ulas bawang putih.
1 inci kunyit hidup.

Cara-caranya:

Satukan bahan-bahan tumbuk bersama santan cair dan serai ketuk  ke dalam periuk dan masak sehingga mendidih.Kemudian pecahkan telur sebiji demi sebiji.Pastikan ianya tidak melekat di antara satu sama lain ya.

Bila telur telah masak bolehlah masukkan santan pekat,belimbing buluh,daun kunyit,asam keping ,garam serta sedikit gula.Biarkan mendidih sekejap.Siap untuk dihidangkan.

Sira Labu Dan Ikan Masin Bulu Ayam Goreng Ranggup.

Bahan-bahannya:

1/2 biji labu (saiz kecil)
1/2 buku gula melaka.
6 kuntum bunga cengkih.
1 helai daun pandan.
Sedikit air.
Sedikit kapur.

Cara-caranya:


  • Kupas kulit labu dan potong mengikut selera masing-masing.Bersihkan.
  • Rendam dengan air dan masukkan sedikit kapur.Rendam selama 10 minit.Bilas dan toskan.
  • Masukkan labu ke dalam periuk yang sesuai.Tuangkan sedikit air dan masukkan gula melaka,daun pandan dan bunga cengkih.
  • Masak sehingga labu empuk dan kuahnya likat.Sedia untuk di hidangkan.
Ikan Masin Bulu Ayam.

Bahan-bahannya:

Ikan masin bulu ayam.
Tepung gandum secukupnya.
Minyak untuk menggoreng.

Cara-caranya:

Cuci ikan masin dan toskan dalam tapis.Kemudian taburkan tepung gandum dan gaul hingga sekata.Panaskan minyak dan goreng hingga ranggup.
Selamat berbuka puasa Cm ucapkan semoga ibadah puasa kita di terima olehNya.Insyallah.

Wajik Durian Berbijan.

Wajik Durian Berbijan.
Ilham dari dapur Periuktanah.

Bahan-bahannya:

500 gm beras pulut-rendam 1-2 jam.
250 gm gula melaka.
50 gm gula merah.
3 ulas durian.
2 helai daun pandan.
Sedikit bijan-sangai sekejap.
Secubit garam.
2 cawan santan pekat.

Cara-caranya:


  • Kukus pulut sehingga masak.
  • Satukan gula melaka,gula merah,santan,garam,durian dan daun pandan ke dalam periuk yang sesuai.
  • Masak sehingga likat.
  • Kemudian masukkan pulut dan dikacau sehingga sebati.
  • Biarkan di atas dapur sekejap dengan api yang perlahan.kacau sehingga pulut agak likat dan kering.
  • Tuangkan ke dalam loyang dan tekan-tekankan agar padat.Taburkan dengan sedikit bijan.
  • Siap untuk dihidangkan.

Kek Lapis Haw Flakes

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Selamat bersua kembali dari dapur CikManggis.Selamat hari raya maaf zahir batin.Agak lama menyepi kerana kepenatan setelah pulang berhari raya di kampung .Apabila kembali ke Putrajaya badan sudah kehabisan "gas' hanya mampu ter"golek" keletihan .Perjalanan dari Putrajaya ke Kota Baharu memakan masa yang panjang kerana kesesakan trafik  yang teramat sesak.Perjalanan ke Kota Baharu melalui lebuhraya Gua Musang dan perjalanan bailk pula melalui lebuhraya Timur Barat .....Adoiii...ampun rasa tak sanggup nak lalui pengalaman berasak-asak di jalan raya...seolah olah bergadai nyawa kerana ada pemandu yang "giler' memotong sesuka hati.Alhamdulillah perjalanan kami di permudahkan .

Kuih kuih raya semuanya di beli oleh Along dan Mummy Maryam jadi tahun ini Cm hanya buat sebiji kek lapis sahaja.Itu pun kerana teringin sangat-sangat nak makan kek.Alhamdulillah Cm sangat menyukai Kek Lapis Haw Flakes ini.Sedap :).....tak jemu...lepas sepotong..sepotong dimakan ....

Bahan-bahannya:

A

10 biji kuning telur.
2 biji putih telur.
250 gm gula halus.
1 tbsp ovalette.
75 ml air sejuk.
1 tin kecik kaya.
1/2 botol kecil horlicks.


250 gm tepung Hong Kong.
300 gm butter-biarkan di suhu bilik dan kacau rata.
4 tbsp susu pekat manis.
4 bungkus asam Haw Flakes.

Cara-caranya:


  • Satukan semua bahan-bahan A ke dalam mangkuk pengadun.
  • Pukul sehingga kembang.
  • Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil dipukul hingga sebati.
  • Akhir sekali baru masukkan butter dan susu pekat manis.Pukul hingga gebu.
  • Alas loyang dengan kertas minyak.
  • Masukkan 4 tbsp mumbung (penuh) adunan ke dalam loyang dan ratakan.Bakar dengan menggunakan api atas sahaja.Apabila masak lapiskan dengan 4 tbsp adunan lagi dan aturkan asam Haw Flakes di atasnya dan bakar hingga masak.
  • Jangan lupa setiap lapisan hendaklah di tekan-tekan agar tiada terdapat gelembung udara dan agar memperolehi lapisan kek yang padat.
  • Lakukan proses yang sama sehingga selesai.
  • Untuk lapisan terakhir guna api  bawah sahaja sekejap kemudian baru gunakan api atas sahaja sehingga warna permukaannya perang sekata.
Selamat mencuba Insyallah Cm dapat rasakan yang anda pasti menyukai rasa kek lapis ini.Ada rasa masam,manis dan lemak-lemak horlicks.sekali makan pasti nak lagi hehe.Salam Lebaran Maaf Zahir Batin.

Ketupat Pulut

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Hampir dua minggu tidak bersiaran dan tidak melawat dapur kawan-kawan.Nak kata sibuk.....ya sibuk lah jugak.... banyak  menghabiskan masa membaca dan bermuhasabah diri.....ingin memperbaiki diri....mengikhlaskan diri.....semua yang kita lakukan itu semata-mata kerana Allah taala....Semoga memperolehi redhaNya.....

Ok...kembali ke dapur Cm yang dah mula berhabuk ini.Bukan tak masak tetapi masak biasa-biasa saja.Tak ada yang special.Minggu lepas Cm cuba masak ketupat pulut sendiri.Alhamdulillah ok lah walaupun rasanya tak sesedap yang emak Cm masak :)
Bahan-bahannya:

1 kg beras pulut.
Garam secukup rasa.
3 cawan santan pekat.
Daun palas secukupnya.

Cara-caranya:


  • Beras pulut di cuci bersih dan direndam selama 1 jam.
  • Panaskan pengukus.
  • Kukus beras pulut sehingga masak.
  • Keluarkan pulut  dari pengukus.Masukkan ke dalam mangkuk yang sesuai.
  • Bancuh santan pekat dengan garam secukupnya.
  • Tuangkan santan  ke dalam mangkuk yang berisi pulut sedikit demi sedikit sambil di gaul perlahan-lahan sehingga selesai.
  • Kacau sehingga pulut sejuk.
  • Isikan pulut ke dalam kelongsong daun palas dan tekan-tekan sehingga padat.Balut dengan kemas seperti gambar di atas.
  • Lakukan sehingga selesai.
  • Alaskan periuk dengan lebihan daun palas dan masukkan ketupat yang telah siap di bungkus.
  • Isikan air sehingga menutupi ketupat dan rebus sehingga airnya kering.


Ketupat pulut sedap dimakan dengan rendang / serunding  ayam atau daging.Jika dikampung Cm ada yang makan ketupat pulut ini dengan sirap gula merah seperti memakan kuih lopes :)

Nasi Goreng Cili Api

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Bahan-bahannya:

4 cawan nasi sejuk.
2 biji telur.
20 biji cili api.(Jika suka pedas boleh tambahkan lagi cilinya)
2 tsp serbuk belacan.
6 ulas bawang putih.
Garam dan gula secukup rasa.
1 tsp serbuk lada hitam.
Sedikit sos tiram.
Sedikit tempe-potong kecil dan goreng garing.
4 batang kacang panjang.-potong kecil.
Ikan masin  secukupnya.
Minyak masak secukupnya.
Cara-caranya:


  • Cili api dan bawang putih ditumbuk halus.
  • Panaskan minyak dan goreng ikan masin sehingga garing-ketepikan.
  • Ambil sedikit minyak lebihan goreng ikan masin dan tumis bahan-bahan tumbuk serta belacan sehingga naik baunya.
  • Masukkan kacang panjang,gula ,garam,serbuk lada hitam dan tempe.Gaul rata.
  • Pecahkan dua bikji telur,sos tiram dan gaul sekata.
  • Masukkan nasi dan masak sehingga bahan-bahannya sebati dan seimbangkan rasanya.
  • Biarkan nasi diatas api sekejap sambil di balik-balikkan.
  • Hidangkan  bersama ikan masin.
Bismillah.....selamat menjamu selera.Semoga Allah memberkati rezeki ini dan berhentilah  sebelum kenyang.

Menu Simple....Sambal Ikan Kering Dan Telur dadar.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Dah jemu dengan lauk pauk raya...rendang ayam,kari ayam,kerutuk daging/ayam,kurma ayam dll....Jom kita cuba lauk yang simple tetapi boleh gerenti anda akan tambah nasi 2-3 kali hehe.


Sambal Ikan Kering.

Bahan-bahannya:

1/2 peket ikan kering.
8 biji cili kering.
Sedikit belacan.
10 ulas bawang merah.
1 ulas bawang putih.
1 keping asam gelugur.
Gula melaka secukup rasa.
Garam secukup rasa.
Minyak masak secukupnya.
Cara-caranya:


  • Bawang merah,bawang putih,belacan dan cili kering dikisar halus-ketepikan.
  • Panaskan minyak dan gorengkan ikan kering sehingga garing-ketepikan.
  • Keluarkan separuh dari  minyak goreng ikan kering tadi  dan dalam kuali yang sama tumis bahan-bahan kisar sehingga wangi dan  sambalnya betul-betul masak.
  • Masukkan asam keping,garam dan gula melaka secukupnya.
  • Akhir sekali masukkan ikan kering dan gaul rata.

Telur Dadar.

Bahan-bahannya:

4 biji telur.
1 biji cili hijau-potong bulat.
1 biji cili masak-potong bulat.
1/2 biji buah tomato-dadu.
1/2 labu bawang besar-cincang.
1/2 tsp lada hitam.
1/2 biji lada benggala hijau-dadu
1/2 biji lada benggala kuning -dadu
1 tbsp mayonis.
Garam secukup rasa.
Minyak masak secukupnya.

Cara-caranya:

  • Pecahkan telur ke dalam bekas yang sesuai.Masukkan kesemua bahan-bahan di atas kecuali minyak masak.Pukul ringan dengan garfu sehingga sebati.
  • Panaskan minyak dan masukkan bancuhan telur tadi ke dalam kuali.
  • Masak dengan api yang perlahan ,apabila hampir masak balikkan perlahan-lahan agar kedua-dua bahagian telur masak dengan sekata.
Jangan lupa gandingkan lauk di atas dengan ulam-ulaman seperti kacang botor,timun,daun selom,pucuk gajus dll.Semalam Cm makan bersama dengan sayur peria.Alhamdulillah.lauk ayam atau daging boleh tolak ketepi hehe.

Sambal Tempe Dengan Ikan Bilis.




Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Selepas hari raya tempohari Cm lebih suka  makan makanan yang ringkas .Jemu  dengan lauk pauk raya.Sayurnya hanya di celur, rebus atau pun masak bening.Kebetulan emak Cm ada kat rumah jadi emak suka masakan yang ringkas dan tidak berlemak seperti singgang ,kerabu atau panggang.

Sambal Tempe Dengan Ikan Bilis.

Bahan-bahannya:

2 bungkus tempe(tempe tiga segi panjang yang di balut dengan daun pisang)
1 cawan ikan bilis.
8 tangkai cili kering.*
1 ulas bawang putih*.
10 ulas bawang merah.*
1 keping asam gelugur.
1 tsp serbuk belacan.*
Gula melaka secukup rasa.
Garam secukup rasa.
Minyak masak secukupnya.
Cara-caranya:


  • Potong tempe nipis-nipis dan goreng sehingga garing.Ketepikan.
  • Goreng ikan bilis sehingga ranggup.Ketepikan.
  • Kisar bahan-bahan yang bertanda * hingga halus.
  • Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan yang dikisar sehingga wangi.
  • Masukkan asam keping,garam dan gula melaka.
  • Masak sehingga agak kering  baru masukkan tempe dan ikan bilis.Gaul sehingga rata.
Selamat mencuba .....kepada penggemar tempe insyallah anda pasti tak kecewa dengan Sambal Tempe Dengan  Ikan Bilis ini.Jika nakkan rasa lebih "kaw" boleh tambahkan dengan cili api.

Singgang Daging

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.



Bahan-bahannya:

300 gm daging batang pinang.
4 ulas bawang merah-mayang halus.
2 ulas bawang putih.-mayang halus.
4 hiris lengkuas.(hiris nipis)
3 hiris halia-mayang halus.
1 keping asam gelugur.
1/2 tbsp ketumbar biji-tumbuk kasar.
Air secukupnya.
Garam dan gula secukup rasa.

Cara-caranya:


  • Daging dicuci bersih dan dihiris nipis.
  • Masukkan daging ke dalam periuk tanah.Isikan dengan  semua bahan-bahan yang di atas.
  • Masak dengan api yang perlahan sehingga daging empuk.Jika perlu tambahkan air sehingga daging betul-betul lembut.
  • Rasakan masin,manis dan masam kuahnya.
Sedap dimakan dengan nasi putih dan jangan lupa "gengnya" iaitu budu atau sambal belacan...Singgang daging jugak sedap dimakan jika dibiarkan semalaman.

Roti Naik

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Bahan-bahannya:

400 gm tepung roti.
100 gm tepung gandum.
11 gm yis segera.
1 biji telur.
1 tsp garam.
180 gm gula perang.
250ml air.
2 tbsp susu tepung.
1 tsp essen vanilla.

Untuk Glis

1 biji kuning telur.
1 tbsp susu segar.

Tabur:

Sedikit gula pasir.


  • Satukan tepung,gula ,garam,yis,telur dan air ke dalam mangkuk pengadun.Uli hingga sebati.
  • Masukkan butter dan uli sehingga elastik/kenyal.
  • Keluarkan doh ke atas papan pencanai dan uli sekali  lagi dengan  tangan ,tabur 3-4 tbsp tepung gandum kerana doh ini sangat lembut.Uli sehingga doh betul-betul kenyal.Biarkan doh naik sehingga double saiz asal.
  • Tumbuk doh untuk  keluarkan angin.
  • Bahagikan doh kepada beberapa bebola  kecil seberat 50 gm setiap satu.Bulat-bulatkan.

  • Aturkan ke atas dulang yang  telah di sapu dengan sedikit butter.

  • Sapukan dengan bancuhan kuning telur dan susu segar pada permukaan roti.
  • Kemudian taburkan dengan sedikit gula pasir.Biarkan doh naik.

  • Bakar sehingga masak.Pastikan oven di panaskan terlebih dahulu ya.
  • Apabila roti telah masak sapukan dengan sedikit butter ketika roti masih panas.
Alhamdulillah rotinya sungguh gebu dan halus sungguh texturenya serta sungguh sedap.Makan ketika masih panas lagi la sedap.Terima kasih pada Ros Jintan Manis kerana Cm ambil idea serta  rujukan dari resipi beliau.

Doh Asas Roti Manis/Roti keju

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Bahan-bahannya:

300 gm tepung roti.
50 gm tepung gandum.
2 tbsp susu tepung.
3 1/2 tbsp gula +1/2 tsp gram halus.
1 biji telur.
2 tbsp butter.
180 ml susu suam.
2 tsp yis.
2 tbsp water roux


Untuk sapu:

1/2 biji telur +sedikit susu segar+ sedikit madu.

Untuk tabur:

Keju parut secukupnya.
Sedikit gula pasir.
Cara-caranya:


  • Masukkan semua bahan-bahan di atas kedalam mangkuk pengadun dan uli sehingga kenyal dan elastik.(Cm guna Kitchen Aid)
  • Keluarkan doh dari mangkuk pengadun dan uli sekali dengan menggunakan tangan di atas papan pencanai.Taburkan dengan 3-4 tbsp tepung gandum agar doh tidak melekit pada tangan.
  • Uli sehingga betul-betul kenyal dan elastik.apabila di tarik doh tidak cepat koyak.
  • Biarkan doh naik baru di tumbuk untuk membunag anginnya.
  • Timbang doh 30gm setiap satu dan bulat-bulatkan.
  • Atur doh di atas dulang yang telah disapu dengan sedikit butter.
  • Sapu dengan campuran telur dan susu di permukaan doh.
  • Taburkan dengan parutan keju dan gula pasir.
  • Biarkan doh roti naik sekejap.
  • Bakar sehingga masak.


Alhamdulillah roti ini sungguh gebu.Sedap dimakan begitu saja atau di cicah dengan kopi panas.Terima kasih pada Ros Jintan Manis kerana berkongsi resipi  roti yang sungguh berguna buat Cm :)

Kek Batik Serikaya.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Lapisan Coklat.

Bahan-bahannya:

3 biji telur.
1/2 cawan serbuk koko.
1 cawan nestum.
1/2 cawan susu pekat manis.
1/2 cawan air.
1/2 ketul butter.(250gm kerat dua)
2 tbsp serbuk horlicks.
1 baris biskut marie(lupa nak kira)

Cara-caranya:


  • Cairkan butter dalam periuk nonstick.
  • Sementara menunggu butter cair masukkan telur dan susu pekat manis ke dalam mangkuk dan kacau sehingga sebati.
  • Tuangkan ke dalam periuk yang mengandungi butter.Kacau rata.
  • Masukkan serbuk koko,nestum ,serbuk horlicks dan air.masak sehingga agak pekat dan matikan api.
  • Masukkan biskut yang telah di patah-patahkan kasar kedalam adunan tadi dan gaul hingga rata.
  • Alaskan dulang dengan kertas minyak dan tuangkan adunan ke dalam dulang.
  • Tekan-tekankan agar padat dan ketepikan.
Lapisan atas.
Bahan-bahannya:

3 biji telur.
1 cawan nestum.
1/2 cawan santan pekat.
1/2 cawan susu pekat manis.
1/2 ketul butter.
2 tbsp serbuk horlicks.
1 baris biskut marie.(dalam satu bungkusan biskut marie tu ada 3 baris )

Cara-caranya:

  • Cairkan butter di dalam periuk yang tidak melekat.
  • Sementara itu kacau telur dan susu pekat manis sehingga sebati.
  • Tuangkan adunan  ke dalam periuk  butter dan kacau rata.
  • Kemudian masukkan santan,nestum dan serbuk horlicks.
  • Masak dengan api perlahan sehingga agak pekat dan padamkan api.
  • Akhir sekali masukkan biskut marie yang telah dipatah-patahkan.Gaul sehingga sekata.
  • Tuangkan adunan ke atas lapisan coklat tadi dan tekan-tekan sehingga padat.Taburkan nestum keatasnya.
  • Sejukkan kek  di dalam peti sejuk selama 2 jam atau sehingga kek dapat di potong.
Terima kasih pada geng Buku resipi kerana berkongsi resipi yang sungguh simple dan sedap ini.Cm ubah suai sedikit mengikut selera sendiri.Selamat mencuba.Insyallah anda pasti menyukainya kerana kek ini sungguh wangi dengan kombinasi bau nestum,koko,butter dan serbuk horlicks.

Roti Bijan Bawang Putih.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Bahan-bahannya:
A
330 gm tepung roti.
1/2 tsp garam halus.
1 1/2 tbsp susu tepung.
60 gula halus.
B
1 biji telur.
C
120 ml air.
11 gm yis.

D
40 gm butter.

Adunan bawang putih:

100 gm butter suhu bilik.*
5 ulas bawang putih.*
1/2 tbsp daun pasli cincang-Cm ganti dengan sedikit daun ketumbar dan daun oregano.
1/2 tsp garam halus.*

Masukkan semua bahan-bahan  yang bertanda *di atas ke dalam food processor dan kisar hingga halus.

Bahan tabur:

Bijan secukupnya.

Bahan sapu:

1 biji telur.
Cara-caranya:


  • Satukan bahan-bahan A ke dalam mangkuk pengadun dan gaul sehingga serata.(Cm guna mixer)
  • Masukkan B & C dan uli selama 5 minit .Kemudian baru masukkan D dan uli sehingga elastik/kenyal.Apabila di tarik ianya tidak koyak.Keluarkan doh ke atas papan pencanai dan uli lagi dengan tangan.Taburkan dengan   1-2 tbsp tepung agar doh  tidak melekat pada papan. 
  • Rehatkan doh sehingga 30-40 minit atau sehingga doh naik dua kali ganda dari saiz asal.
  • Tumbukkan doh untuk keluarkan angin.
  • Timbang doh seberat 80 gm setiap satu.Bentukkan bujur  dan sapukan dengan kuning telur.Kemudian golekkan ke atas bijan. Rehatkan doh selama 15-20 minit.
  • Buatkan satu torehan di tengah-tengahnya dan sapukan dengan adunan bawang putih.Taburkan dengan hirisan daun oregano dan daun kerumbar.
  • Bakar sehingga perang atau sehingga roti masak.


Roti jenis ini sangat sedap dimakan dengan sup labu atau sup cendawan.Selamat mencuba :)

Pulut Kuning

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Bahan-bahannya:

1 kg beras pulut
1 1/2 biji kelapa-ambil santan pekatnya sahaja.( 1 1/2 cawan)
Sedikit garam.
1 -2 tsp serbuk kunyit.
1 helai daun pandan.
Serunding ikan atau daging secukupnya.

Bahan-bahan tabur:

2 biji telur-dadar nipis dan di potong halus.
Cili merah-potong nipis&bulat.

Cara-caranya:


  • Beras pulut dicuci  bersih dan direndam bersama serbuk kunyit selama 2-3 jam.
  • Toskan pulut dan kukus dengan daun pandan  sehingga masak.
  • Keluarkan pulut dari pengukus dan masukkan santan bersama sedikit garam dan kacau sehingga sebati.Gaul sehingga betul-betul rata.
  • Masukkan pulut ke dalam pengukus dan kukus sehingga pulut lembut.
  • Alaskan loyang dengan plastik dan tuangkan separuh daripada pulut kuning ke dalam loyang dan tekan sehingga padat.
  • Kemudian taburkan serunding ke atas permukaan pulut tadi .ratakan.
  • Akhir sekali masukkan pulut yang selebihnya tadi dan ratakan ,tekan-tekankan sehingga padat.
  • Bolehlah di potong dan di hidang bersama rendang atau kari.
  • Hias dengan telur dadar dan cili masak.
Selamat berhujung minggu dan selamat menyambut hari malaysia.Semoga Malaysia sentiasa aman dan damai :) serta makmur.

Bergedil Ikan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Bahan-bahannya:

6 ekor ikan kembung
6 biji kentang.
2 biji telur.-pukul ringan dengan garfu.
3 ulas bawang putih.-tumbuk halus.
1 tangkai daum ketumbar-cincang.
1 tangkai daun bawang.cincang.
1 cawan bawang goreng.
1 tbsp serbuk  rempah beriani.
1 tsp serbuk lada sulah.
Garam secukup rasa.
Sedikit gula.
3 tsp tepung jagung.
Minyak untuk menggoreng.
Cara-caranya:


  • Ikan di lumur dengan sediki garam dan serbuk kunyit-goreng hingga masak.Asingkan isi dari tulangnya.Ambil isinya sahaja..Kisar hingga halus.
  • Tumbuk bawang putih hingga halus.Ketepikan.
  • Cincang daun bawang dan daun ketumbar.
  • Kentang di kupas kulit dan dipotong dadu.Goreng hingga masak.Kemudian tumbuk sehingga lumat.
  • Masukkan isi ikan,daun bawang,daun ketumbar,bawang putih,serbuk rempah beriani,bawang goreng,gula,garam dan tepung jagung.Gaul sehingga sebati.
  • Bulat-bulatkan mengikut saiz yang dikehendaki.Lakukan sehingga selesai.
  • Panaskan minyak masak.Celup bebola kentang kedalam telur dan goreng sehingga masak.


Jika ada lebihan ikan goreng jangan membazir ya.Anda boleh tukarkan menjadi satu menu yang sungguh menarik serta lazat .
Kalau  anak-anak kecil anda  enggan makan ikan (anak bongsu Cm enggan makan ikan kecuali ikan yang tertentu je ) dan hanya mahukan masakan ayam sahaja bolehlah kita main silap mata dengan mereka.

Tukarkan ikan yang mereka "benci' kepada bergedil ikan yang sungguh menarik.Silap-silap mereka sangka ini adalah bergedil daging atau ayam :)


Dari segi rupa memang anak-anak kecil takkan dapat bezakan antara bergedil ikan dengan bergedil ayam atau daging.Jika makan pun untuk 3-4 ketul pertama rasanya merekan belum boleh mengesannya lagi hehe.Apabila mereka dah dapat mengesannya ketika itu mereka pun dah kenyang .Selamat mencuba ya. :)

Sup Ayam Kampung

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Bahan-bahannya:

1/2 ekor ayam kampung (saiz kecil rm 12 sekor)
2 biji buah pear.
1 biji buah apple.
1 biji ubi  kentang.
 1 batang karot.
5-6 biji kurma cina.
2 biji buah tomato.
1/2 batang leek.
1/2 tsp lada sulah.

Cara-caranya:


  • Ayam di buang kulitnya dan di potong mengikut saiz yang di kehendaki.Bersih dan toskan.
  • Apple ,pear,kentang  dan buah tomato di potong empat.
  • Leek di kerat-kerat.
  • Karot di belah dua dan di potong agak besar agar tak hancur semasa di reneh nanti.
  • Masukkan semua bahan-bahan di atas ke dalam periuk dengan air yang mencukupi.
  • Masak dengan api yang perlahan sehingga ayam empuk dan kuahnya bertukar menjadi sedikit keruh.
  • Akhir sekali masukkan lada sulah.
  • Sup ayam seperti ini tak perlu letak garam atau perasa lain.Lebih sedap jika di kekalkan dengan  rasa asalnya.





Alhamdulillah kami dah siap makan sup ayam ni  :).Rasanya seakan-akan Stew Ayam .Sesuai untuk yang nak kurangkan berat badan atau yang suka dengan diet yang sihat.Cm sangat suka buah pear dalam sup ni.Sedap ada rasa masam-masam manis.



Bingka Ambon ( II )

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Bingka Ambon.

Resipi asal dari Ayin Taiwan. 

Bahan-bahannya:

A

2 tbsp tepung gandum.
1 tbsp gula.
11 gm yis.
100 ml air.

B

500 ml santan pekat.
15 helai daun limau purut.
2 batang serai.
2 helai daun pandan.
Sedikit garam.


C

250 gm tepung ubi.
300 gm gula halus.
10 biji kuning telur.
1 biji putih telur.




Cara-caranya:


  • Masak Bahan-bahan B sehingga wangi dan saring kan santan bahagian atasnya sebanyak 400 ml.Ketepikan dan biarkan santan  sejuk.
  • Satukan A sehingga sebati dan perap selama 15 minit.
  • Masukkan bahan-bahan A ,tepung ubi dan gula kedalam mixer.Pukul perlahan-lahan sementara itu masukkan telur sedikit demi sedikit sambil di pukul  sehingga sebati.
  • Akhir sekali masukkan 400 ml santan dan pukul lagi selama lebih kurang 15 minit.Kemudian perapkan selama 4 jam.
  • Sapukan loyang yang berukuran 20 x 20 dengan sedikit minyak masak.
  • Panaskan oven dan letakkan loyang sehingga panas.
  • Masukkan adunan ke dalam loyang yang telah di panaskan tadi dan bakar sehingga masak.Guna api bahagian bawah sahaja ya.
  • Biarkan pintu oven terbuka sedikit semasa proses membakarnya.
  • Apabila telah masak guna api bahagian atas agar warna bahagian atasnya menjadi  perang keemasan
  • Sejukkan bingka terlebih dahulu sebelum di potong.


Apabila dilihat dari jarak dekat Bingka Ambon kelihatan seperti Kek Gula Hangus atau Kek Sarang Lebah.

Terima kasih pada Ayin Taiwan yang tidak pernah kedekut dengan ilmu masakan yang dia ada..Apabila Cm minta resipi darinya Ayin terus  mengajar cara-cara nak memasaknya.Terima kasih daun keladi ya :)

Mengikut kata Ayin ,untuk mendapatkan hasil yang cantik,bingka hendaklah di masak dengan cara memasukkan pasir bersih ke dalam periuk yang agak besar. ( Masak menggunakan dapur biasa )Panaskan periuk &; pasir terlebih dahulu.Kemudian panaskan loyangnya baru di tuangklan adunannya.

Apabila bingka telah masak pindahkan loyang ke dalam oven yang hanya menggunakan api atasnya sahaja agar  mendapatkan warna yang cantik di bahagian atasnya.....
Teringat orang tua-tua dulu masak kek menggunaka kaedah seperti ini.Oven tradisional :)..

Oh ya ... Cm pernah masak Bingka Ambon ni .Boleh lihat disini ya .

Kuih Serimuka .

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Kuih Serimuka.
(Resipi asal Pn.Masyitah dari Alor Setar.)

Bahan-bahannya:
A
Bahagian bawah.

2 cawan beras pulut-rendam 2-3 jam.
1 cawan santan pekat
3 tbsp air.
Secubit garam.
1 helai daun pandan.
 B
Bahagian atas.

3 biji telur.
1 cawan santan pekat.
4 tbsp gula pasir.
4 tbsp tepung gandum.(penuh)
Secubit garam.
1/3 tsp serbuk kayu manis.
1/3 tsp serbuk jintan manis.

C
10 helai daun pandan-potong halus.
1 1/2 cawan air.


Loyang bulat 9" x 2"


Cara-caranya:


  • Panaskan pengukus.
  • Sapukan sedikit minyak masak pada loyang.
  • Isikan dengan beras pulut dan tuangkan santan,sedikit garam dan daun pandan.
  • Kukus sehingga pulut masak dan tekan-tekankan agar padat.
  • Kisar daun pandan dengan 1 1/2 cawan air.Tapiskan.
  • Satukan semua bahan-bahan B dan C  kedalam mangkuk dan kacau sehingga sebati.Tapis.
  • Tuangkan kedalam periuk dan kacau perlahan-lahan di atas api yang kecil  sehingga naik wap dan agak sedikit pekat.
  • Tuangkan ke atas pulut yang di kukus tadi dan kukus sehingga masak.
  • Apabila telah masak bukakan penutup kukusan  dan biarkan di atas api sehingga  wap yang jatuh pada permukaan kuih itu kering.
  • Tunggu sehingga kuih betul-betul sejuk barulah di potong.

Alhamdulillah inilah resipi yang terbaik setakat ini.Bahagian atasnya sungguh cantik apabila dipotong dan Cm amat berpuas hati.Cm pernah masak kuih Serimuka  Durian  ,  Kuih Serimuka , Kuih Serimuka  Jika anda mempunyai keluarga kecil resipi ini sangat sesuai sekali  kerana hanya  menggunakan loyang bulat berukuran 9" x 2"


Viewing all 218 articles
Browse latest View live