Quantcast
Channel: jom masak, jom makan makan..
Viewing all 218 articles
Browse latest View live

Ban Kelapa.

$
0
0
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Roti yang dimasak sendiri di rumah adalah roti yang paling sedap.Makan ketika masih panas.Setiap kali saya masak roti terasa seolah-olah rumah saya seperti  sebuah bakery.Baunya rotinya  sungguh harum sehingga ke luar rumah.Hari ini saya teringin sangat hendak makan roti yang berintikan kelapa.Apabila cari  resipi  saya berkenan dengan resipi DISINI. Saya ubah suai sedikit resipinya mengikut selera sendiri.
Ban Kelapa.

Resipi asal : Jun-Blog.

Bahan-bahannya:

11 gm yis.
1/3 cawan air suam.
1 tsp gula.
1/2 cawan susu segar.
1/3 cawan melted butter (unsalted)
2 biji telur.
3 1/2 cawan tepung roti.
1/3 cawan gula.
1 tsp garam.

Bahan sapu:

1 biji telur.
2 tbsp air.

Topping
Chia seeds.

Inti Kelapa.

1 biji kelapa parut.(ambil bahagian putihnya)
1 ketul gula Melaka(adjust mengikut selera masing-masing)
1 helai daun pandan.
Secubit garam
1/2 cawan air.

Cara-caranya:


  • Satukan semua bahan-bahannya dan masak sehingga kering.
  • Boleh di sediakan lebih awal dan simpan dalam peti sejuk.


Cara-caranya:

(Saya uli dengan menggunakan mixer)


  • Masukkan semua bahan-bahan ke dalam mangkuk pengadun dan uli sehingga kenyal atau elastik.
  • Perap selama 30 minit atau sehingga doh kembang menjadi dua kali ganda dari  saiz asal.
  • Tumbuk doh untuk keluarkan udara di dalamnya.
  • Ambil doh mengikut saiz yang anda suka(saya agak-agak saja tidak timbang).Bulat-bulatkan.Kemudian gelek sehingga jadi  bentuk bujur.
  • Isikan inti kelapa dan tutup dengan kemas agar inti tidak bocor ketika membakarnya nanti.
  • Lakukan sehingga selesai.
  • Rehatkan agar doh kembang selama 20 minit (lebih kurang)
  • Sapukan dengan egg wash.Taburkan dengan chia seeds.
  • Bakar sehingga perang atau sehingga roti masak.



Kuih Lapis Pandan Serani.

$
0
0
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Alhamdulillah syukur padaNya kerana diberikan kesihatan yang baik dan kelapangan masa untuk menjalani kehidupan dengan penuh rasa rendah diri  yang kita ini makhluk yang sungguh kerdil lagi daif...tanpa bantuan dariNya siapalah kita.

Terima kasih pada Puan Rahuda kerana mengirimkan saya benih pokok Pandan Serani dan saya tanam serta jaga sehingga merimbun daunnya.Semalam baru berani petik daunnya untuk dijadikan pewarna hijau kuih lapis di atas.Alhamdulillah saya suka akan warnanya.Kuih lapis ini saya kurangkan gula dan santannya tetapi alhamdulillah sesuai dengan selera kami.
Kuih Lapis Pandan Serani.

Bahan-bahannya:

175 gm tepung gandum.
125 gm tepung beras.
1 tbsp tepung jagung.
1/2 tsp garam.
1 cawan gula pasir +1 1/2 cawan air dimasak hingga larut.Sejukkan.
1 biji kelapa kisar dengan air jadikan 800ml.
10 helai daun pandan serani.
3 helai daun pandan biasa.

Cara-caranya:


  • Kelapa parut dikisar dengan air untuk dapatkan 800ml santan.
  • Jadikan 3 bahagian. 1 bekas 600ml...2 bekas 100ml.
  • Daun pandan digunting halus dan kisar dengan 100ml santan.Jika perlu tambahkan 1/2 cawan air agar senang untuk mengisarnya.Tapis.Ketepikan.
  • Gula dimasak  dengan 1/1/2 cawan air sehingga larut dan di sejukkan.
  • Satukan tepung beras,tepung gandum,garam dan tepung jagung.
  • Tuangkan air gula dan 600 ml santan.Gaul rata dan tapis.
  • Bahagikan adunan kepada 2 bekas sama banyak.
  • Tuangkan air pandan ke dalam salah satu bekas dan kacau rata.
  • Tuangkan 100ml santan ke dalam adunan satu lagi dan kacau sehingga sebati.
  • Panaskan pengukus.
  • Sapukan sedikit minyak pada loyang pilihan anda.
  • Tuangkan 2 senduk kecik adunan warna putih dan kukus sehingga masak.
  • Kemudian tuangkan adunan warna hijau ke atasnya dan kukus lagi.
  • Lakukan berselang seli warna hijau dan putih sehingga selesai.
  • Lapisan akhir tu kukus lebih lama dari lapis sebelumnya.
  • Akhir sekali buka penutup pengukus dan biarkan kuih di dalam pengukus .Jangan padamkan api.Masak sehingga permukaan kuih kering.
  • Tunggu sehingga kuih betul-betul sejuk baru dipotong dengan pemotong plastik untuk dapatkan potongan yang cantik.
Inilah rupa pokok  pandan serani saya.Ditanam dalam pasu agar senang untuk dibawa ke rumah baru kami nanti.Jika tanam di atas tanah lagi elok kerana pokok pandan serani ni senang membiak.

Sambal Pauh

$
0
0
Sambal pauh.

Bahan-bahannya:

2 biji mangga mengkal.
2 ekor ikan kembung.
6-7 biji cili api.
Garam secukup rasa.


Cara-caranya:


  • Mangga di kupas kulit dan parut kasar.
  • Ikan di panggang.Asingkan isi dari tulangnya.
  • Tumbuk cili api dan garam.Masukkan isi ikan dan tumbuk hingga sebati.
  • Gaulkan dengan parutan mangga.
  • Sedap dimakan dengan nasi panas.

Kaswi Pandan Lemak Manis.

$
0
0

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Kaswi Pandan.(resipi asal dari Myresipi)

Bahan-bahannya:

1 cawan tepung gandum.
1 cawan tepung ubi.
1 cawan santan kelapa(cair)
2 cawan air .
5 helai daun pandan.
3 helai daun suji (pandan serani)
1/2 cawan gula pasir.
1 biji telur.
Secubit garam.
Sedikit air kapur.
1 biji kelapa parut putih +sedikit garam.

Cara-caranya:


  • Daun pandan digunting kecil dan kisar dengan 2 cawan air,Tapis ambil jusnya.
  • Satukan tepung gandum dan tepung ubi dalam mangkuk yang sesuai.
  • Tuangkan santan,air daun pandan,garam,gula ,air kapur dan telur.Gaul sehingga sebati.
  • Tapiskan adunan.Tuangkan ke dalam jug.
  • Panaskan pengukus dan  aturkan cawan apam .Panaskan sekejap kemudian tuangkan adunan sehingga penuh.
  • Kukus sehingga masak.
  • Biarkan kuih sejuk baru keluarkan dari acuan.
  • Masukkan sedikit garam ke dalam kelapa parut.Kukus sekejap.
  • Salutkan kuih dengan  kelapa parut,Sedia untuk dihidangkan.
Alhamdulillah saya suka rasa kuih kaswi ini.Ada rasa lemak dari santan dan telur  serta  manis dan harum bau pandannya.Saya kurangkan gula kerana kami tidak suka jika kuih rasa terlalu manis.
Wahhhh gembira tak terkira apabila kuih kaswi Lemak Manis ini mendapat sambutan dari suami dan anak bongsu saya.Si kecil tak perlu cakap apa apa .... saya dah tahu dia sukakan kuih ini apabila dia habiskan satu pinggan besar hehe.

Psttt hari ini adalah hari ulang tahun perkahwinan saya yang ke 33 tahun.Hmm terasa sangat tua bila lihat angka 33 ini.Tiada majlis atau makan malam special... cukuplah sekadar memanjatkan doa pada Allah taala agar kami  dikurniakan kesihatan yang baik ,ditambahkan iman serta rezeki yang penuh berkat.Kami berdoa agar jodoh kami kekal hingga ke syurga.Hidup dengan penuh kasih sayang.....Doakanlah untuk kami berdua ya.......

Cendol

$
0
0
Assalamualaikum  dan selamat sejahtera,

Cendol

Bahan-bahannya:

2 cawan tepung beras.
6 tbsp tepung ubi.
4 helai daun pandan.
5 helai daun pandan serani.
2 tsp air kapur.
6 cawan air.

Ketulan air batu secukupnya.

Cara-caranya:


  • Daun pandan di gunting kecik dan kisar dengan 6 cawan air sehingga hancur.Tapiskan .
  • Satukan semua bahan-bahan dan kacau sehingga sebati.Tapiskan.
  • Tuangkan adunan ke dalam periuk yang sesuai dan masak dengan api sederhana.Sentiasa kacau agar adunan tidak berketul ketul.
  • Apabila adunan mula mendidih dan nampak likat perlahankan api.Sentiasa kacau.


  • Kecilkan api dan tutup periuk 3-4 minit.Kemudian kacau lagi sehingga adunan berkilat dan naik wapnya.
  • Bila adunan nampak  seperti  foto di atas ,ianya sedia untuk di masukkan kedalam acuan cendol.Pstt sila abaikan periuk belanga di bahagian belakang tu ya.Cm tak sempat nak kemas sebab waktu berbuka dah dekat tp cendol dalam proses di atas dapur  lagi  hehe.
  • Isikan satu mangkuk air dengan ketulan air batu.Masukkan adunan ke dalam acuan cendul dan tekan perlahan-lahan sehingga selesai.
  • Inilah hasilnya.Jika kawan-kawan ingin mencuba bolehlah guna 1/2 daripada resipi ini ya.Cm harap kawan-kawan dapat beritahu Cm samada berpuas hati atau tidak dengan resipi ini.Nanti dapatlah kita perbaikinya.

Cm suka cendol di campur dengan susu cair dan sirap gula Melaka.Terpulanglah jika ada yang suka campur dengan santan.Sesuaikan dengan selera masing masing.Selamat mencuba ...

Jem Mangga.

$
0
0
Jem Mangga.

Bahan-bahannya:

1 kg mangga yang masak ranum.
3/4 cawan gula pasir.
1 biji jus lemon.
1 cawan air.

Cara-caranya:


  • Kupas kulit mangga dan ambil isinya.Potong kecil.
  • Panaskan gula dalam periuk nonstick sehingga bertali .
  • Masukkan hirisan mangga dan gaul sehingga rata.
  • Kemudian tuangkan air serta jus lemon.
  • Masak sehingga likat sambil dikacau kacau dengan sudip kayu sehingga mangga hancur.
  • Sejukkan terlebih dahulu sebelum di simpan didalam bekas yang sesuai.
Simpan di dalam peti sejuk.
Alhamdulillah rasa seronok sekali kerana berjaya menyediakan jem mangga sendiri.Setidak-tidaknya kita tahu apakah bahan-bahan yang terkandung didalamnya dan kebersihan insyallah terjamin.Tiada ubat penahan atau pengawet serta pewarna tiruan.Kita boleh kawal kandungan gula di dalamnya mengikut selera kita sendiri.

Pagi ini Cm bersarapan denga dua keping roti yang di sapu dengan jem mangga serta secawan kopi panas tanpa gula.Rasa lebih sedap berganda  kerana Jem yang di sediakan sendiri.Masuk bakul angkat sendiri hehe.

Mari kita sediakan makanan yang terbaik untuk orang yang kita sayangi.Tidak perlu kepakaran atau modal yang besar...hanya sedikit masa dan sedikit "kerajinan" serta semangat untuk hidup sihat dan bebas dari penggunaan bahan-bahan terlarang di dalam makanan harian kita.Ayuh......

Masak Lemak Cili Api Pisang Lemak Manis

$
0
0
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Saya menanam beberapa batang pokok pisang di tepi rumah  untuk dapatkan  daunnya sahaja.Jika berbuah pun tak sempat makan  kerana berebut dengan beberapa ekor tupai yang sentiasa berkeliaran di keliling rumah kami ini.Beberapa hari lepas suami Cm tebang pokoknya dan bawa setandan pisang ke dalam rumah.Katanya kali ini dia menang kerana berjaya bawa setandan mini pisang tu ke dapur.Alahai kesian pulak si tupai jinak tu ...

Pisang lemak manis yang kami tanam ini dari jenis yang sukar dikopek kulitnya walau pun telah masak.Kulit bahagian dalamnya  melekat pada isi buahnya.Pisang ini dah cukup tua untuk di peram tetapi kali ini Cm masak  lemak cili api campur ayam.Alhamdulillah memang sedap.

Masak Lemak Cili Api Pisang Lemak Manis.

Bahan-bahannya:

10 biji pisang lemak manis (yg belum masak)
5 biji cili api (jika suka pedas boleh tambah)
1 biji kelapa parut ambil santannya.(3 cawan lebih kurang)
6 ketulan kecik ayam -bahagian bertulang.
5 ulas bawang merah.
1 ulas bawang putih.
1 inci halia.
1 inci lengkuas.
1 inci kunyit hidup.
2 bartang serai di ketuk.
1 tbsp kerisik.
Sedikit gula.
Garam secukup rasa.
1 keping asam gelugur.
1 hedai daun kunyit

Cara-caranya:


  • Pisang di kupas sedikit kulit luarnya.Tak perlu dibelah kerana saiz pisang yg sgt comel :)
  • Bawang merah,bawang putih,halia,lengkuas,kunyit dan cili api dikisar halus.
  • Daun kunyit di siat-siat.
  • Serai di titik.
  • Masukkan santan ke dalam periuk yang sesuai.Tuangkan bahan-bahan kisar,daun kunyit dan serai ,ayam serta pisang.
  • Masukkan garam,gula,asam keping ,serai dan daun kunyit.
  • Masak sehingga mendidih sehingga  pisang empuk.
  • Akhir sekali masukkan kerisik.
  • Biarkan sekejap di atas api agar kuah sedikit pekat.

Udang Goreng Dengan Telur Asin.

$
0
0


Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Ramadhan Kareem buat semua sahabat muslimin dan muslimat.Hari ini masuk hari ke dua kita berpuasa.Semoga diberi kekuatan untuk menjalani ibadah puasa dengan lebih sempurna..Insyallah.Kali ini Cm hendak berkongsi satu resipi mudah yang menjadi kegemaran anak-anak.

Udang Goreng Dengan Telur Asin.

Bahan-bahannya:

300 gm udang yang bersaiz besar.
1 labu bawang besar.
2 ulas bawang putih.
2 biji telur.
2 biji telur masin.
Serbuk lada sulah.
Garam secukup rasa.
Sedikit gula.
6 biji cili api.(jika suka  pedas boleh tambah cili)
2 tangkai daun kari.
Sedikit minyak masak.

Cara-caranya:


  • Bersihkan udang.Buang kulit serta  kepalanya tetapi tinggalkan  sedikit bahagian ekornya.Perap dengan sedikit garam dan serbuk kunyit.Ketepikan.
  • Cili api di belah dua.
  • Telur masin direbus dan di lenyek halus.
  • Bawang besar di hiris nipis.
  • Bawang putih di tumbuk halus.
  • Panaskan minyak dan tumis bawang besar,bawang putih,cili api dan daun kari sehingga wangi.
  • Masukkan udang dan tumis sehingga masak.Masukkan garam,serbuk lada sulah serta sedikit gula.Gaul rata.
  • Ketepikan udang ke sisi kuali .Masukkan telur dan telur asin ke dalam minyak tumisan tadi dan masak sehingga telur keras,Kacau kacaukan dan gaul dengan udang sehingga rata.
  • Masak sehingga kering airnya.
  • Siap untuk di hidangkan dengan nasi panas..

Sagu Gula Melaka

$
0
0
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Setiap kali Ramadhan Cm selalu berazam untuk Pasar Ramadhan Sifar dan Sifar pembaziran.Alhamdulillah walaupun tidak berjaya seratus peratus tetapi Cm rasa amat  berbangga kerana hampir berjaya.Semua yang dihidangkan adalah hasil titik peluh sendiri yang penuh kasih sayang....kasih sayang?...ya kita akan pastikan bahan-bahan yang digunakan adalah  selamat ,bersih dan halal.

Sebagai contoh hari ini Cm teringin sangat nak makan kuih sagu yang berwarna merah tu tapi bila teringat pesanan suami agar dikurangkan segala bentuk pewarna tiruan di dalam makanan  jadi Cm tukar kepada pewarna asli gula Melaka.Insyalla rasanya lebih sedap dari yang warna merah tu.Tak dapat rasa sebab berpuasa..

Sagu Gula Melaka.

Resipi asal : Kak Pau.

Bahan-bahannya:

A
1 cawan sagu mata ikan.
2 cawan air.
B
1/2 cawan gula Melaka (racik halus)
1 cawan air.
1 helai daun pandan.
C
1 biji kelapa parut (putih)
1/2 sudu teh garam.

Cara-caranya:

  • Rendam sagu dengan 2 cawan air.Pastikan sagu terendam.Jika tak, tambah sedikit lagi air.
  • Masak gula melaka dengan 1 cawan air  dan daun pandan sehingga larut.Tapis dan tuangkan ke dalam loyang sagu tadi.

  • Kukus sagu selama 20 minit atau sehingga masak.



  • Sejukkan kuih sagu sebelum di potong dan digaulkan dengan kelapa parut.
  • Kelapa parut di kukus sekejap dan di gaul dengan garam ya.
Alhamdulillah dengan modal yang tidak sampai 8 rm Cm dapat satu loyang besar kuih sagu ini.Dapat untuk berbuka dan moreh .Memasaknya sangat senang.Resipi asal menggunakan gula merah sebanyak 1 cawan tetapi Cm telah kurangkan separuh  mengikut citarasa sendiri....Selamat berpuasa dan selamat berbuka.

Karipap

$
0
0
Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Alhamdulillah hari ini masuk hari ke empat  umat islam berpuasa.Semasa zaman kanak-kanak Cm dilatih berpuasa sejak kecil  lagi oleh arwah Wan tetapi arwah selalu beri kelonggaran.Katanya jika tak larat berbuka lah,jika terlalu lapar  berpuasalah setengah hari....apabila arwah Wan cakap macam tu Cm lagi rasa nak puasa ..lagi kuat semangat untuk meneruskan puasa  lagi pun jika tak berpuasa tiada apa pun yang boleh dimakan ......

Cm berdoa semoga Wan ditempatkan di syurga bersama orang-orang yang soleh.Setiap kali Ramadhan rindu ku pada Wan menghimpit perasaan.Terima kasih Wan atas segalanya....insyallah akan sentiasa ku sedekahkan bacaan ayat ayat suci pada mu wahai  ayahanda....berehatlah dengan aman di sana...Insyallah kami akan menyusul kemudian....

Maafkan Cm kerana beremosi sikit pagi ini.Ramadhan kali ini Cm merasakan diri ini semakin sihat dan lebih bertenaga.Semasa berbuka Cm lebihkan makan buah-buahan dan hanya mengambil sesenduk kecil nasi.Badan dah mula rasa ringan.Alhamdulillah .Tetapi penyediaan makanan "on" seperti biasa kerana ada dua anak lelaki bujang berpuasa dengan kami pada tahun ini.Rasa seronok melihat anak-anak berselera makan.Hilang penat dan lelah memasak.Rasa terharu bila anak-anak cakap sedapnya mama lauk ni atau kuih ni....pstt bila kena puji rasa over over la pulak kan hikhik.

Ok...kuih karipap memang menjadi pilihan anak -anak.Katanya karipap mama paling best hehe.Kembang hidung ;)p  ...Jadi stok karipap frozen sentiasa ada dalam freezer.Kali ini Cm guna resipi Tun.Alhamdulillah memang sedap.Terima kasih Tun.

Karipap

Resipi asal: Tun Telani.

Doh.

Bahan-bahannya:

4 cawan tepung gandum.
2 sudu besar marjerin.
3/4 cawan air.
1/2 sudu teh garam.

Cara-caranya:


  • Panaskan minyak dan marjerin dalam kuali kemudian tutupkan api.
  • Masukkan tepung kedalam kulai dan gaul sehingga sebati dengan menggunakan senduk kayu.
  • Sejukkan sekejap baru tuangkan air+garam dan uli sehingga sekata.
  • Sedia untuk di gunakan.Terpulanglah nak buat inti apa ya :)


** Cm guna rempah kerutuk untuk intinya.

Kuih Bom

$
0
0
 Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Pagi-pagi lagi Cm telah sediakan bahan-bahan untuk buat kuih bom.Rancangan asalnya hendak guna keledek tetapi keledek pula tak ada jadi Cm ganti dengan labu.Pertama kali buat  kuih bom guna labu,bimbang jugak takut bom meletup nahas nanti hehe.Alhamdulillah semasa  menggorengnya Cm telah bersedia dengan perisai bimbang akan berlaku letupan hehe tetapi cantik kejadiannya.Tidak meletup.Kira berjaya :)

Kuih Bom @ Golek Lengo.

Resipi asal : AlongRoz.

Bahan-bahannya:

80 gm keledek-kukus hingga empuk dan lenyek halus.
120 gm tepung pulut.
20 gm tepung gandum.35 gm gula kastor.
Secubit garam.
100 ml air.
Bijan secukupnya untuk salut.
Inti kelapa.


Cara-caranya:


  • Satukan semua bahan-bahan di atas kecuali bijan dan intinya.
  • Gaul sehingga menjadi doh yang licin.
  • Bahagikan menjadi 12 ketul.
  • Leperkan dan isikan dengan inti kelapa.Tutup dengan kemas dan bentukkan menjadi bebola.
  • Golekkan dengan bijan.
  • Goreng sehingga perang.

Tadi Cm buat dua adunan dan Cm dapat 25 biji untuk di frozenkan.Senang bila rasa nak makan kuih bom keluarkan 1 jam awal dari freezer dan goreng seperti biasa.Terima kasih Gert kerana ajar Cm cara-cara nak sejuk bekukan kuih bom ni.

Jika ada yang ingin menggantikan keledek dengan labu ,kena kurangkan air kerana labu agak berair setelah  di kukus.Kena pandai-pandai adjust la ya.Terima kasih banyak banyak pada AlongRoz kerana banyak kali Cm guna resipi ini.Alhamdulillah sungguh berpuas hati.

Inti Kelapa.(AlongRoz)

Bahan-bahannya:

50 gm gula Melaka.
50 gm gula pasir.
50 ml air.
150 gm kelapa parut.
1 helai daun pandan.

Cara-caranya:

Masak gula dan air sehingga mendidih.Masukkan daun pandan dan kelapa parut.masak perlahan-lahan sehingga kering.sedia untuk di gunakan.


**** Ada kawan Cm tanya samada bubuh labu atau keledek lebih sedap...sebenarnya letak keledek lagi sedap.Kuih bom yang letak labu kena goreng dengan berhati hati kerana walaupun bahagian luarnya telah masak tetapi dalamnya belum .Jika diberi pilihan Cm akan guna resipi asal dari AlongRoz.Lebih senang dan sedap.

Talam Tokyo

$
0
0
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Alahamdulillah dah masuk hari ke 13 umat islam berpuasa.Begitu cepat masa berlalu.Apabila makin menghampiri ke penghujung Ramadhan , makin buntu memikirkan menu untuk di masak pada anak-anak serta suami tersayang.Selalu inginkan yang terbaik untuk mereka.Terbaik bukan bermaksud sedap semata-mata tetapi bersih,halal dan sihat.

Semalam teringin nak makan kuih Talam Tokyo .Kuih seperti ini bukan pilihan anak-anak.Tak apa biarlan tukang masak nak tunaikan keinginan sendiri sekali sekala ya.. Cm buat satu loyang dan agih-agihan pada jiran .Apabila membaca resipinya ,perkara pertama yang perlu Cm buat adalah kurangkan gula sebab kuih talam biasanya manis. hmm.....betul tekaan Cm ,bila  kurangkan 100gm gula  sedikit pun tidak menjejaskan keenakan kuih ini.
Talam Tokyo.

Resipi Asal: Chef Asma,Azie,Damai Qalbu,Yatie.

Bahan-bahannya:

Lapis bawah:

300 gm sagu kecil.
60 gm soon.
100 ml santan.
100 gm kelapa parut-putih.
300 ml air.
6 kuntum bunga Telang-rendam dengan sedikit air .Tapis ambil airnya.
1 tsp  garam.

Lapis atas.

4 biji telur.
400 ml santan pekat.
400ml air.
300gm gula pasir ( Cm guna 200gm)
100 gm tepung kastad.
1 tsp air  kapur.
1/2 tsp garam.
4 helai daun pandan.
5 helai daun pandan serani.

Lapis bawah.

Cara-caranya:

  • Rendam sagu dengan 300ml air di dalam loyang.Jangan di tapis ya.Biarkan sagu kembang.
  • Rendam sohoon dengan air suam sekejap -toskan dan potongkan pendek -pendek.
  • Jangan lupa sapu  sedikit minyak pada loyang 10x10x2" atau  alas dengan plastik(optional ..Cm tak suka guna plastik sebab tidak elok untuk kesihatan.)
  • Satukan semua bahan-bahan di atas gaul perlahan-lahan hingga rata,renjis-renjiskan dengan air Bunga Telang dan kukus sehingga masak.
  • Tekan -tekankan dengan sudu agar padat.
Lapis bawah.

  • Kisar daun pandan dengan 400ml air sehingga halus.Tapiskan.
  • Satukan semua bahan-bahannya dan  blend sehingga sebati.
  • Tapiskan.
  • Masak atas api sehingga naik wap.Tuangkan ke dalam loyang yang mengandungi adunan sagu tadi.
  • Kukus sehingga masak.
  • Tunggu sehingga kuih betul-betul sejuk baru di potong.

Taiyaki

$
0
0

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Hari ini Cm merasmikan acuan Taiyaki yang baru dapat semalam.Acuan ini Cm pesan jauh dari  negara matahari terbit .Perasaannya sungguh gembira sekali kerana Cm adalah  pengumpul tegar barang-barang seperti ini hehe.Terima kasih Ika kerana susah payah membawanya turun naik kapal terbang.Terima kasih daun keladi.

Bahan-bahan untuk membuat  kuih Taiyaki lebih kurang resipi waffle.Cm dapat resipi ini  dari blog Anncoo Journal.Biasanya  intinya terdiri dari pes kacang merah ,kastad atau coklat tetapi  Cm guna Nutella.(apa yang ada kat dapur)

Taiyaki.
Resipi asal: Anncoo Journal.

Bahan-bahannya:

 A
1 cawan tepung gandum.
1 1/2 tsp baking powder.
2 tbsp gula halus.
1/2 tsp garam.

B
1 cawan susu segar.
1 biji telur-pukul ringan dengan garfu.
2 tbsp melted butter.
1/2 tsp esen vanilla.

Cara-caranya:


  • Ayak bahan-bahan A ke dalam bekas yang sesuai.
  • Masukkan susu segar  dan pukul  perlahan-lahan dengan whisk.
  • Kemudian masukkan telur serta butter dan kacau sehingga sebati /smooth.
  • Kacau sekejap saja.Jangan terlebih kacau ya.
  • Panaskan acuan ,guna api yang sederhana dan  sapukan dengan sedikit  butter.
  • Tuangkan adunan lebih kurang 80 peratus.Isikan dengan sesudu kecil Nuttela.Kemudian sudukan lagi adunan kedalam acuan sehingga penuh.
  • Tutup acuan dan masak selama 3 minit kemudian terbalikkan acuan dan masak selama 2-3 minit lagi.
  • Buka sedikit acuan dan lihat samada Taiyaki masak dan warnanya bertukar jadi  perang keemasan.Jika belum, masak lagi sekejap.
  • Sesuaikan masa memasak mengikut jenis dapur yang kita gunakan.
Setelah Taiyaki masak trim bahagian tepi atau  lebihan adunan di kelilingnya dengan gunting agar kelihatan cantik dan kemas.

Kek Buah.

$
0
0
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Pertama sekali sebelum Cm letak resipi kek buah di atas Cm nak ucapkan selamat menyambut hari raya aidilfitri kepada kawan-kawan yang beragama islam.Cm menyusun jari sepuluh memohon ampun dan maaf jika ada terkasar bahasa atau ter "over" cara sepanjang mengendalikan blog masak-masak Cikmanggis ini.Sesungguhnya kita manusia yang lemah dan tidak sunyi dari melakukan kesilapan samada kita sedar atau tidak..maafkan Cm ya.... dan minta di halalkan jika mengambil resipi dari dapur kawan-kawan dan terlupa untuk beri kredit.Yang baik datang dari Allah dan yang tidak baik itu datang dari diri Cm sendiri...Maaf zahir batin.

Kek Buah Versi Bakar.
Resipi asal: Hajjah Fatimah Koya Kutty.

Bahan-bahannya:

5 biji telur grade A.
1 1/2 ketul butter ( Cm guna Tantura)
1 3/4 cawan gula halus.(jika suka manis guna 2 cawan gula)
1/2 cawan gula pasir-untuk buat gula hangus.
1/2 biji lemon-ambil jusnya.
375 gm buah-buahan campuran (dlm kotak)
1 tsp baking powder.
1 tsp rempah kek (optional)
1 3/4 cawan tepung naik sendiri.
1 1/4 cawan tepung gandum.

Cara-caranya:


  • Pukul butter dan gula hingga sebati.
  • Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul hingga sebati.
  • Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan gaul dengan menggunakan senduk kayu.Jangan lupa ya ayak tepung bersama rempah kuih serta baking powder terlebih dahulu.
  • Gaul sehingga rata..ketepikan.
  • Sementara itu panaskan 1/2 cawan gula pasir dalam kuali sehingga perang(gula hangus)
  • Masukkan jus lemon.Kacau dengan senduk kayu.
  • Kemudian cepat-cepat tuangkan gula hangus ke dalam adunan kek  dan gaul sehingga sebati.
  • Alaskan loyang dengan baking paper dan sapukan dengan butter.
  • Tuangkan adunan kek dan hentakkan loyang  sekali agar adunan padat.
  • Bakar sehingga masak.
  • Untuk peringatan , jangan terlebih bakar  untuk mengelakkan kek menjadi terlalu kering.
Nota : Lebih elok menggunakan loyang yang lebih besar dan rendah agar bahagian tengah kek masak dengan sekata.Cm guna loyang bulat berukuran 9" x 3" .Bahagian tengah kek masak tidak sekata sedangkan bahagian lain telah masak.


Kek Zebra

$
0
0
Kek Zebra.

Resipi asal : Jo' Deli & Bakery.
                   My Kitchen Snippets

Bahan-bahannya:

6 biji telur.
110 gm gula halus.
150 gm tepung kek.
1/2 tbsp ovalet.
1/2 tsp baking powder.
100 gm butter-melted.
30 gm susu pekat manis.
1 tsp esen vanilla.
1 tbsp serbuk koko *
1 tsp kopi serbuk kopi segera *
*Bancuh dengan 2 tbsp air panas.

Cara-caranya:


  • Panaskan oven dan sediakan loyang berukuran 8 inci.Sapu dengan sedikit butter dan alas dengan baking paper.
  • Ayak tepung gandum bersama baking powder-ketepikan.
  • Pukul telur,tepung,gula dan ovalet dengan kelajuan yang tinggi selama 10 minit sehingga adunan bertukar menjadi ringan dan kental.
  • Masukkan susu pekat manis,melted butter dan esen vanilla.Pukul sekejap dengan speed yang perlahan sehingga adunan sebati.
  • Bahagikan adunan ke pada dua bahagian.Satu dibiarkan dengan warna asal dan satu lagi ditambah dengan bancuhan serbuk koko dan kopi segera.Kacau hingga rata.
  • Dengan menggunakan sudu makan(tablespoon).Sudukan yang warna asal sebanyak 3 sudu ke dalam loyang .Kemudian di ikuti dengan adunan perisa koko sebanyak 3 sudu  juga.Lakukan berselang seli sehingga adunan tinggal 1/2.
  • Kemudian sudukan 2 sudu makan dan selang seli dengan adunan perisa koko sehingga akhir sekali kurangkan sehingga 1 sudu setiap adunan.
  • Bakar selama 20-30 minit atau sehingga masak.
  • Biarkan kek dalam tin pembakar selama 10 minit sebelum di keluarkan dan di terbalikkan ke atas rak besi.
Kek yang menjadi pilihan anak-anak .Terima kasih Gert kerana resipi yang menarik ini.Pertama kali Cm berjaya buat belang Kuda Belang ni ,walau pun belum sempurna :).....Selamat mencuba.

Bingka Pandan.

$
0
0
Bingka Pandan.
Resipi Asal : Madiha.

Bahan-bahannya:

10 helai daun pandan-gunting halus dan kisar ambil patinya 1 cawan.
3 cawan santan-sukatan cecairnya santan+jus pandan =4 cawan.
4 biji telur AA.
1 3/4 cawan gula pasir.
3 cawan tepung gandum.
Secubit garam.
Bijan secukupnya untuk tabur.


Cara-caranya:


  • Masukkan telur,gula dan garam dalam mangkuk yang sesuai dan kacau menggunakan pemukul telur sehingga sebati.
  • Kemudian tuangkan santan serta jus pandan ke dalam adunan tadi dan kacau lagi sehingga rata.
  • Seterusnya masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit sambil dikacau sehingga sebati.
  • Akhir sekali tapis adunan ke dalam loyang yang telah di sapukan dengan sedikit minyak masak atau marjerin.
  • Bakar sehingga kuih agak pekat sedikit ,  keluarkan dari oven  dan taburkan dengan bijan.
  • Masukkan loyang kuih kembali ke dalam oven dan bakar sehingga masak.
  • Akhir sekali guna api atas sekejap agar bahagian atas kuih nampak perang dan cantik warnanya.
  • Biarkan bingka betul-betul sejuk baru di potong.
Alhamdulillah kuih bingka ini tidak terlalu manis.Sedang elok rasanya.Terima kasih pada Madiha kerana Cm ambil resipi dari dapurnya.Sebenarnya Cm tak sempat tunggu bingka sejuk kerana ramai yang sedang menunggu untuk minum petang.Bau aroma pandannya tidak dapat di tunggu-tunggu lagi  hehe.Selamat mencuba...


Kek Marjerin (kek orang lama )

$
0
0
Kek Marjerin.

Bahan-bahannya:

3 biji telur.
1 cawan marjerin ( Cm guna Planta)
1 cawan gula halus.
2 tbsp susu pekat manis.
2 cawan tepung kek.
1 tsp baking powder.
1 tsp esen vanila.

2 tbsp serbuk koko +2 tbsp air panas.

Cara-caranya:


  • Pukul marjerin dan gula sehingga kembang.
  • Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil di pukul sehingga sebati.
  • Kemudian masukkan susu pekat manis dan esen vanila dan pukul sehingga sekata.
  • Bahagikan aduan kepada dua bahagian.Satu bahagian dibiarkan warna asal dan satu lagi dicampur dengan bancuhan serbuk koko.
  • Sendukkan adunan yang warna asal ke dalam loyang yang telah di sapukan dengan sedikit planta serta di alaskan dengan baking paper.Kemudian sendukkan adunan warna coklat ke atasnya.lakukan selang seli sehingga selesai.
  • Bakar sehingga masak.

Resipi asal kek ini sepatutnya mempunyai warna warni yang sungguh meriah.Ada warna merah,hijau serta kuning tetapi Cm cuba kurangkan penggunaan warna tiruan dalam makanan dengan menggantikan dengan serbuk koko..Jika ada pilihan Cm lebih suka menggunakan warna semula jadi.

Dulu-dulu inilah kek yang di hidangkan setiap kali hari raya......nostalgia sungguh !! walaupun bahan-bahannya ringkas tetapi Cm amat menggemarinya...bila makan kek ini terkenang masa kecik-kecik...terkenang zaman dulu-dulu :)......

Ok sebelum Cm mengundur diri Cm nak memperkenalkan pembantu kesayangan ..buah hati..jantung hati Cm ini.Dialah teman setia yang menyebabkan nenek tak sempat nak update blog masak-masak hehe.Masa nak ambik gambar terpaksa berebut piring kuih dengannya kerana dia ingin "membantu"...semoga membesar menjadi anak yang soleh..amin....amin..amin...

Siew Pau

$
0
0



Siew Pau

Resipi dari dapur Sonia Nasi Lemak Lover.

Bahan-bahannya:

Inti

300 gm isi ayam di potong dadu.
80 gm bawang besar-cincang.
40 gm green peas-Cm guna yang dalam tin.

Perasa.

1 tsp garam.
2 tbsp gula atau secukup rasa.
1 tbsp sos tiram.
1/2 tbsp minyak bijan.
1 tbsp kicap cair.
1 tsp kicap pekat.
1 tsp kicap pekat berkaramel-optional.
Secubit serbuk Chinese five spices.

Bahan pemekat
 1/2 tbsp tepung jagung +1 tbsp air.

Cara-caranya:

  • Satukan bahan-bahan perasa di dalam satu bekas.Gaul rata.
  • Panaskan 3 tbsp minyak masak dan tumis bawang besar sehingga wangi.
  • Masukkan isi ayam dan masak sehingga bertukar warna ,masukkan green peas.Gaul sehingga sekata.
  • Masukkan bahan-bahan perasa  dan kacau perlahan-lahan jika terlalu pekat tambahkan sedikit air.
  • Akhir sekali masukkan bahan pemekat.
  • Bila telah siap ,ketepikan.


Doh A (Water dough)

200 gm tepung gandum biasa.
60 gm salted butter.
2 tsp gula halus.
100 gm air.

Doh B (oil dough)

160 gm tepung gandum biasa.
100 gm lemak sayuran.

Bahan sapuan : telur kuning +sedikit air.
Bijan putih secukupnya.

Cara-caranya:


  • Doh A(dengan cara rub in method)satukan butter ,tepung serta gula menjadi serbuk roti .Perlahan-lahan masukkan air hingga menjadi doh yang licin.Biarkan rehat selama 10 minit.
  • Doh B,campurkan lemak sayuran dan tepung sehingga menjadi doh yang licin dan biarkan selama 10 minit.
  • Bahagikan doh A dan doh B menjadi 20 biji.(doh A~19 gm,doh B ~12 gm )Bulat-bulatkan menjdi bentuk bebola kecil.
  • Balutkan doh Adengan doh B,macam nak buat karipap pusing tu ya.Bulat-bulatkan.
  • Gelek membujur dan gulung.Kemudian gelek sekali lagi dan gulung,kerat dua dan bentukkan menjadi bebola .
  • Gelek doh dan isikan dengan inti lebih kurang 25 gm.Tutup dengan kemas dengan cara memicit bahagian hujung sehingga bercantum.
  • Sapukan dengan kuning telur dan bakar selama 15 minit dengan kepanasan oven lebih kurang 200C terpulang pada jenis oven yang di gunakan.
  • Setelah 15 minit keluarkan dari oven dan sapukan sekali lagi dengan kuning telur dan tabur bijan secukupnya.Kembalikan ke dalam oven selama 15 minit lagi.





Apam Perlis.

$
0
0

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Apam Perlis.

Resipi dari dapur ;Anim Ismail.
                            Wendy

Bahan-bahan untuk Kulit

150 gm tepung gandum.
250 gm jus pandan.
1 tsp Eno fruit salt (putih)

Cara-caranya:


  • Campurkan tepung gandum  dan jus pandan.Kacau sehingga sebati dan tidak berketul.Cm guna whisk.
  • Bila sudah sebati baru masukkan Eno dan kacau biar rata.
  • Adunan akan berbuih,berbunyi seperti berdesir  dan biarkan selama 10-15 minit.
  • Panaskan kuali dengan api yang kecil.Sapukan dengan sedikit minyak masak .Lap dengan tisu dapur,
  • Dengan menggunakan  Chinese soup spoon.Sudukan satu sudu  adunan ke dalam kuali dan masak sehingga permukaannya kering dan berlubang-lubang,Angkat dan letakkan satu tsp inti kastad.Tutup dan tekan perlahan-lahan agar terkatup seperti bentuk apam balik.lakukan ketika kuih masih panas agar ianya melekat dengan sempurna.
  • Lakukan  proses yang sama sehingga selesai.
Inti Kastad.

Bahan-bahannya:

2 biji telur.
80 gm gula .
20 gm tepung jagung.
100 gm santan kelapa.
100 gm jus pandan.
Secubit garam.

Cara-caranya:

  • Masukkan telur ,garam dan gula dalam mangkuk yang sesuai bersaiz kecil.Kacau sehingga sebati.
  • Masukkan tepung jagung,jus pandan dan air.Kacau sehingga sebati.
  • Tuangkan adunan ke dalam kuali dan masak sehingga pekat dan berkilat.Jangan lupa sentiasa mengacaunya agar adunan tidak hangus.(guna api yang perlahan)
  • Sejukkan terlebih dahulu sebelum digunakan.

Lemon Curd

$
0
0
Lemon Curd.

Resipi asal : Allrecipes.com.
                  Azie kitchen.

Bahan-bahannya:

3 biji telur.
3/4 cawan gula pasir.
1/2 cawan fresh lemon juice.
2 tbsp butter.
1 tbsp parutan kulit lemon.

Cara-caranya:


  • Masukkan telur dan gula  ke dalam mangkuk yang tahan panas ,(Cm guna mangkuk Pyrex.).Kacau dengan menggunakan whisk sehingga sebati.
  • Didihkan  air dalam kuali dan alaskan dengan pelapik seperti kayu atau besi agar mangkuk tidak bersentuh secara langsung dengan kuali.
  • Letakkan mangkuk dalam kuali dan kacau bancuhan telur serta gula tadi dengan whisk sekejap.Kemudian masukkan jus lemon dan parutan kulit lemon.Teruskan mengacau agar adunan tidak berketul-ketul.
  • Kemudian masukkan butter.Sentiasa mengacau sehingga adunan mula pekat.Pastikan adunan tidak mendidih supaya lemon curd yang kita hasilkan cantik,licin dan tidak berketul-ketul.
  • Tadi... Cm masak lebih kurang 15 ke 20 minit.Jangan risau jika kita nampak Lemon Curd yang dimasak tidak cukup pekat sebab apabila sejuk ia akan menjadi  lebih pekat.Insyallah.
  • Biarkan Lemon Curd sejuk baru dimasukkan  kedalam bekas yang sesuai ,tutup dan simpan di dalam peti sejuk sebelum di gunakan.(Boleh di masak seminggu lebih awal.)
  • Selamat mencuba :)
Viewing all 218 articles
Browse latest View live