Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Sementara menunggu untuk menjemput Si adik dari sekolah baiklah Cm cepat-cepat letak resipi kerutuk ni kat dapur Cm.Wah panasnya cuaca hari ini...berpeluh-peluh dan sudah berbotol-botol air mineral dah di minum....
Ok ini resipi Mak Cm dari kampung.Mak memang mahir memasak masakan Kelantan .Anak-anak perempuannya semua menuntut " ilmu " kerutuk darinya hehe.Sebenarnya jika memasak kerutuk ,daging hendaklah di potong dengan saiz yang agak besar sebab tu, orang dulu dulu panggil kerutuk ni sebagai Gulai Buku Besar tetapi Cm dah derhaka sedikit kerana anak-anak dan suami selalu komplen,katanya susah nak makan jika besar.Jadi Cm kecilkan sedikit saiznya.
Bahan-bahannya:
1 kilo daging -potong seperti nak masak rendang.
A
10 ulas bawang merah.
3 ulas bawang merah.
5 tangkai cili kering-goreng tanpa minyak.
1 inci halia.
1 inci lengkuas.
3 tbsp Rempah Kerutuk
B
10 ulas bawang merah.-mayang halus.
1 inci halia.-mayang halus.
3 ulas bawang putih.-mayang halus.
C
3 kuntum bunga lawang.
3 biji buah pelaga.
1 keping kulit kayu manis.
D
1 batang serai-ketuk.
1 cawan.minyak masak.(Mesti banyak)
E
1 biji santan kelapa.
3 tbsp kerisik.
Garam secukup rasa.
Gula melaka secukup rasa.
Sedikit air asam jawa.
Cara-caranya:

- Kisar bahan-bahan A dan gaul bersama rempah kerutuk sehingga sebati-ketepikan.
- Mayang B hingga halus.-ketepikan.
- Panaskan minyak.Tumis C.
- Kemudian masukkan B dan tumis hingga hampir garing.
- Masukkan A dan tumis sehingga rempah betul betul masak
- Masukkan serai.
- Masukkan daging dan letakkan sedikit air.Tutup periuk dan biarkan daging empuk.
- Apabila daging sudah empuk baru masukkan santan,garam,gula melaka,kerisik dan air asam jawa.
- Biarkan mendidih sehingga kuahnya pekat.Kemudian bolehlah sudukan/buangkan lebihan minyak dipermukaan nya.
Kerutuk sedap dimakan bersama nasi,roti atau pulut kuning.Selamat mencuba dan selamat menjamu selera.
."I am submitting this post to Malaysian Food Fest, Kelantan Month hosted by Gertrude of My Kitchen Snippets .