Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Hampir dua minggu tidak bersiaran dan tidak melawat dapur kawan-kawan.Nak kata sibuk.....ya sibuk lah jugak.... banyak menghabiskan masa membaca dan bermuhasabah diri.....ingin memperbaiki diri....mengikhlaskan diri.....semua yang kita lakukan itu semata-mata kerana Allah taala....Semoga memperolehi redhaNya.....
Ok...kembali ke dapur Cm yang dah mula berhabuk ini.Bukan tak masak tetapi masak biasa-biasa saja.Tak ada yang special.Minggu lepas Cm cuba masak ketupat pulut sendiri.Alhamdulillah ok lah walaupun rasanya tak sesedap yang emak Cm masak :)
Bahan-bahannya:
1 kg beras pulut.
Garam secukup rasa.
3 cawan santan pekat.
Daun palas secukupnya.
Cara-caranya:
Ketupat pulut sedap dimakan dengan rendang / serunding ayam atau daging.Jika dikampung Cm ada yang makan ketupat pulut ini dengan sirap gula merah seperti memakan kuih lopes :)

- Beras pulut di cuci bersih dan direndam selama 1 jam.
- Panaskan pengukus.
- Kukus beras pulut sehingga masak.
- Keluarkan pulut dari pengukus.Masukkan ke dalam mangkuk yang sesuai.
- Bancuh santan pekat dengan garam secukupnya.
- Tuangkan santan ke dalam mangkuk yang berisi pulut sedikit demi sedikit sambil di gaul perlahan-lahan sehingga selesai.
- Kacau sehingga pulut sejuk.
- Isikan pulut ke dalam kelongsong daun palas dan tekan-tekan sehingga padat.Balut dengan kemas seperti gambar di atas.
- Lakukan sehingga selesai.
- Alaskan periuk dengan lebihan daun palas dan masukkan ketupat yang telah siap di bungkus.
- Isikan air sehingga menutupi ketupat dan rebus sehingga airnya kering.