Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Selepas hari raya tempohari Cm lebih suka makan makanan yang ringkas .Jemu dengan lauk pauk raya.Sayurnya hanya di celur, rebus atau pun masak bening.Kebetulan emak Cm ada kat rumah jadi emak suka masakan yang ringkas dan tidak berlemak seperti singgang ,kerabu atau panggang.
Sambal Tempe Dengan Ikan Bilis.
Bahan-bahannya:
2 bungkus tempe(tempe tiga segi panjang yang di balut dengan daun pisang)
1 cawan ikan bilis.
8 tangkai cili kering.*
1 ulas bawang putih*.
10 ulas bawang merah.*
1 keping asam gelugur.
1 tsp serbuk belacan.*
Gula melaka secukup rasa.
Garam secukup rasa.
Minyak masak secukupnya.
Cara-caranya:
- Potong tempe nipis-nipis dan goreng sehingga garing.Ketepikan.
- Goreng ikan bilis sehingga ranggup.Ketepikan.
- Kisar bahan-bahan yang bertanda * hingga halus.
- Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan yang dikisar sehingga wangi.
- Masukkan asam keping,garam dan gula melaka.
- Masak sehingga agak kering baru masukkan tempe dan ikan bilis.Gaul sehingga rata.
Selamat mencuba .....kepada penggemar tempe insyallah anda pasti tak kecewa dengan Sambal Tempe Dengan Ikan Bilis ini.Jika nakkan rasa lebih "kaw" boleh tambahkan dengan cili api.