Assalamualaikum an selamat sejahtera.
Cuaca hari ini sungguh panas dan tekak sentiasa haus.Rasanya tidak sesuai untuk menu yang bergoreng ,pedas atau berminyak.Jadi untuk makan tengahari kami nanti Cm hidangkan bubur nasi daging.Ini menu kegemaran suami Cm.....
Bahan-babahanya:
2 cawan beras.
2 litre air.-jika perlu boleh tambahkan air panas semasa memasak.
sedikit garam.
3 keping hirisan halia.
1 batang karot-potong dadu.
1 cawan daging-potong kiub.
4 ulas bawang merah-hiris dan goreng untuk dijadikan bawang goreng.
1/2 cawan kacang tanah.
2 ulas bawang putih.
Hiasan & tabur.
Bawang goreng.
Daun bawang potong kecil.
Cara-caranya:
Cuci beras dan masukkan kedalam periuk bersama air,daging,bawang putih,halia,kacang tanah dan garam.Masak sehingga beras kembang.Kemudian masukkan karot.Biarkan mendidih diatas api sehingga menjadi bubur.Jika nampak terlalu pekat tambahkan air panas.
Cm suka bubur yang agak cair tapi terpulanglah pada selera masing-masing.Jika ingin kan perisa bolehlah di masukkan satu ketul kiub pati ayam kedalam bubur daging ini.
Last sekali apabila bubur dah masak bolehlah masukkan bawang goreng dan sedikit lebihan minyak goreng bawang tadi agar bubur bertambah wangi.Kacau hingga sebati dan sedia untuk dihidangkan bersama-sama sayur ,telur masin atau apa-apa saja yang anda suka :)
Selamat menjamu selera semoga rezeki yang kita hidangkan untuk anak-anak atau untuk keluarga kita semuanya dari rezeki yang halal dan penuh keberkatan...Bismillah......